Thursday, September 30, 2010

Detox buang Toxin

Korang penah dengar & tengok kan Detox foot ni. Tertarik nak cuba sebab rasa badan ni penuh dengan toxin. Kebetulan ainey jual produk ni,so saya pun berminat untuk mencuba. Sekarang ni ada promosi sampai 8 oct tak silap. Aku beli yang 10kpg....nak try dulu kan...beli sikit-sikit je. Then belikan for my dad,semalam dah order. Untuk aku punya..semalam dah sampai.

Malam tadi dah try,pakaikan to my hubby...pukul 3 pagi tadi,anak terjaga..langsung dia tak nak tido. Terus my hubby bukak detox ni....nak tengok berubah kaler ke tak...banyak toxin ke tak. Bila dah bukak...memang hitam la then bau terbakar. Aku cakap...'ye la....u smoking,memang bau terbakar la'...hahahaha. Aku pun bukak aku punya,memang hitam jugak la & bau terbakar..tapi tak sekuat my hubby...aku punya suci sikit la...hahahaha. Nak try 5hari ni....tapi kena beli lagi...sebab dua-dua pakai...harus beli lagi...hehehe.

Korang pun try la...sure banyak toxin dalam badan kita ni. Banyak kelebihan pakai detox ni. Untuk makpak kita pun sesuai...sebab dorang dah tua kan..lagi la banyak toxin yang terkumpul dalam badan tu. So apa kata korang belikan jugak untuk famili korang.  Kalau nak beli....pegi kat sini yer... AINEY


Antara fungsi Original "Jun Gong" Detox Foot Patch ialah :-
  • Membuang toksin dan membersihkan sisa kotoran dari badan
  • Boleh mengurangkan berat badan
  • Meningkatkan kadar metabolisma badan
  • Mencegah sembelit
  • Mengaktifkan sel-sel badan
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan melawan penyakit
  • Membantu meringankan beban kepada sistem imunisasi badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Membantu mendapatkan tidur yang lena
  • Anti-penuaan
  • Mengurangkan allergik kulit
  • Mengurangkan bau kaki
  • Metalanguage sakit sendi
  • Mengurangkan sakit kepala
  • Mengurangkan keletihan dan badan menjadi lebih segar dan bertenaga

Mengandungi Bahan-bahan :-

++ Bamboo Vinegar
++ Wood Vinegar
++ Chitosan
++ Dokudami
++ Loquat Leaf
++ Vitamin C
++ Vegetable fiber
++ Tourmaline
++ Cornstarch

Wednesday, September 29, 2010

Have you seen this child?

Kawan-kawan,mintak tolong sebarkan. Aku dapat dari web maybank. Comel budak nya...sapa yang terambil tu,pulangkan la pada ibubapanya. Kesian wehh...baru 2tahun,dia tak tahu apa pun. Sure la rindu dengan ibubapa dia.

A 2 year old child, Lee Xin Ru has been missing since 21st September 2010. If you have any information about this child, please contact:

•Insp. Haroza binti Pandi (019-879 3776)
•Raub Police Head Quarters (09-955 2222)

note : seharian tak jumpa anak pun dah rindu yang amat...kalau takde depan mata...tak tahu la macam mana...huhuhu.

Open house Tekun bersama Dato Siti Nurhaliza

Isnin kelmarin,TEKUN ada buat open house. Then TEKUN menjemput semua office kat sini. Memang besar la majlis ni,rasanya ada 6,7 khemah kot. Seperti tahun lepas,Tekun menjemput artis...yang wajib hadir...Dato CT,ada artis jemputan lain...macam Richie Rachman,Rohana Jalil...tak berapa kenal pun ada..ekekekek.

Makanan yang dihidangkan...ada kambing bakar,sate, nasi tomato,jagung rebus,kuih muih,cendol & buah-buah. Memang puas la makan....hehehe. Lepas dah makan.....apa lagi,angkat kaki la kan tapi sebelum tu...harus la bergambar dengan ct...hahahaha. Bukan senang dapat bergambar dengan artis & menteri. Dato Noh ni Menteri Asas Tani.






Tuesday, September 28, 2010

Cash out Nuff

Korang dah cash out nuff ker?? Me..baru je cashoutkan...xde la banyak mana pun...hehehe. Thanks ye korang-korang yang klik tu...insya allah me akan klik korang punya ... ye la tolong menolong kan...kehkeh. Lepas ni,korang tolong klik-klik lagi yer.


Sekarang ni lom dapat BE baru lagi...sebab dah lama sangat tak berupdate. Bila dah ada tenet kat rumah..rasa macam tak cukup masa pulak...huhuhu. Selalunya aku rajin on FB....baca status kawan-kawan,tengok picture kawan-kawan..tu je la pun. Nak update blog,otak jem...kehkehkeh. Sekarang semangat dah balik nak update..tu pun berkarat jugak otak nak cari idea...hehehehe.

note : rajin-rajin la update stori...jgn yg mengarut sudah

Monday, September 27, 2010

Scan Blog

Korang dah scan blog korang tak. Bagus gak ada antivirus untuk blog ni. Mane la tau kan...kot-kot ada worm ke trojan ker. Kalau belum scan,meh scan kat SINI


p/s: Blog saya selamat untuk dibaca..hehehe

Saturday, September 25, 2010

Lamanya tak berblog..

Lama rasanya tak bercerita..takde mood,malas,sibuk....banyaknya la sebab musabab...hehehe. Ni pun jenuh nak perah ayat...macam nak pergi jawab periksa kertas BMII ... kehkeh....sekarang dalam mood raya lagi kan...tentu banyak open house yang korang hadiri. Me?? ada la sikit-sikit....nak berjalan kemana-mana pun...kena tunggu en.somi. Kalau berdua....sangat la tak berani bukan apa...takot my princess tu buat hal dalam kereta...lagipun saya ni buta jalan sikit...muahahaha. So ada baiknya tunggu en.somi la kan. Dalam mood beraya ni...makan tu kena beringat...nanti berry-berry je kalau dah makan macam-macam....harus beringat ok.

Start dari ramadhan...sampai la ke-syawal....rasanya banyak kejadian yang tak diingini berlaku. Korang pun tentu baca paper...tengok berita...tak yah la aku huraikan satu-satu. Banyak kejadian yang menyayat hati berlaku....sedih ada..geram ada...tapi semua yang terjadi..telah tersurat...moga kita sentiasa redha dengan ujian yang ALLAH berikan. Siapalah kita untuk menolak takdir.

Nak share skit....dalam bulan ramadhan yang lalu....diFB,banyak paparkan ceramah agama dari ust.kazem elias. Satu hari tu...aku bukak la kat office...aku kuatkan speaker...boleh opismate dengar sekalikan...oh yer,department aku...ada 3orang jer termasuk le aku. Lepas dorang dengar....dorang pun terpikat dengan ceramah ust.kazim ni...sampai la hari ni....hari-hari dengar...hehehe. Banyak la jugak ilmu yang ust.kazem berikan. Untuk anak...suami isteri...hal dunia& akhirat....memang seronok dengar. Kalau korang pun free,boleh la download...atau cari diyoutube.

Semasa jiran sebelah beraya isnin baru ni,berlaku kejadian tak diingini. Aku prepare meehon & nasi goreng jer. Masa jiran nak masuk rumah,my princess very excited..dia berlari masuk sampai terlanggar tepi kaki meja. Dat time....aku kat dapur..so aku jengah..tengok dia duduk...sambil menangis. Bila aku datang dekat...berdarah dah mulut dia....masa ni..panik dah..aku ambik handtowel...tekop mulut dia...penuh towel ni dengan darah...semua orang dah terpaku...suspend dah time ni...dah tu darah tak nak berhenti. Ya allah...nak buat macam mana ni. Aku pun...terus teringat minyak butbut dari HPA...terus aku sapu banyak...serta merta darah berhenti. Syukur...baru la rasa lega skit...dia pun dah tak menangis. Baru la nampak luka tu,rupanya terbelah skit



Gambar ni...sehari selepas kejadian...dah bercantum & luka tu dah tinggal kesan jer. Sekarang ni makin mengecil dah. Aduhh...bikin cerita betul my princess ni. Ingat nak bawa klinik dah...takot terkoyak besar ke kan. Hari khamis....subuh pagi...my princess muntah 2x....masa bangun pagi tu..ok jer...dah pesan kat pengasuh taska...iff dia demam..cepat-cepat call. Dalam tenghari...pengasuh call bagitau dia asyik merengek..dok sorang-sorang pun menangis. Pukul 1...terus balik. Sampai kat taska...tengok muka dia merah,mata merah...baru lepas nangis kot...nampak sangat dia tak sihat...bila nampak aku...dari tak ceria..terus ceria...then terus bawa ke klinik.

Jumaat....ingat nak off tapi ada kerja yang perlu dibereskan...so bawa la my princess ke office. Temp pun dah turun....dia pun suka je bila cakap ikut mama pegi work. Nasib baik kat office..site dept tak kacau sangat. Balik rumah.....my princess tido dengan lenanya...agaknya penat sangat main plus tak dapat tido dengan puas.

note : bila lama tak berblog....berjela hahh...kehkehkeh

Friday, September 17, 2010

Raya 2010

Assalamualaikum,
Salam lebaran...hari ni sambut secara sederhana..macam tahun-tahun lepas. This year raya bersama MIL dulu di Bandar Tun Razak. Tema tahun ni purple..tapi semua ingat kaler biru..ekekeke. Lepas beraya dengan MIL,terus balik ke rumah ayahandaku..bermalam disana pulak. Tahun ni rasanya cuti raya yang paling lama aku ambik..tapi takde kemana  sangat pun..duduk rumah je.


Monday, September 06, 2010

Restoran Intai-intai

Assalamualaikum
Lagi 4 hari kita akan berhari raya. Seronok rasanya walaupun persiapan raya ala kadar je.Yang paling seronok tengok anak-anak memaki baju raya,bersalaman...macam-macam karenah la.

Hari sabtu,berbuka bersama-sama geng somi di Intai-intai.This time,turn my somi mencari port berbuka. Setelah berkira-kira tempat,atas persetujuan..kami memilih intai-intai yang terletak di MRR2. Buffet ramadhan RM48net. Frust jugak la makan kat sini,dari berselera...terus hilang selera nak makan sebabnya....pada permulaan,seramai 14orang yang akan join termasuk aku & somi,tiba hari sabtu tu...bila janji sekian-sekian waktu di kawasan intai-intai tu...yang datang hanya 11. Waktu masa tu menunjukkan dah pukul 6.55. So kami pun melangkah la dengan hati berbunga-bunga untuk berbuka kat sini.

Bila sampai kat kaunter,aku pun terus la tanya mana table yang aku book tu. Bila pengurusan tanya aku,berapa orang..aku dengan jujur jawab je la 11 orang yang datang..lagi 3 tak dapat nak datang. Pihak pengurusan ni tiba-tiba naik angin dengan aku. Dia kata aku janji 14orang.Bila aku cakap 3 orang yang tak dapat datang je sekarang ni. So macam mana?? Mula-mula dia tak nak bertolak ansur..aku dah fed up,kawan somi settlekan. Kawan somi cakap...takpe,kalau dah macam tu,kitaorang bayar je 14orang tapi tak berkat la kan. Bukan orang saja-saja tak nak datang & tak datang langsung. Aku sangat fed up dengan cara pengurusan intai-intai,kalau kena bayar 14orang...aku cakap kita blah jer. At de end,settle...aku tak tau kawan somi cakap apa tapi serius...kami makan dalam keadaan yang sangat kecewa. Rasanya 1st & last la datang sini,bagi korang yang nak book intai-intai ni..please make sure if korang book that number..mesti cukup. Padahal masa aku nak bayar tu,ada jugak yang tak cukup korum. WTF!!!!




Hari ahad..lepas dah berkemas-kemas sikit,somi ajak berjalan-jalan. Dah tak tau nak kemana,at the end..ke JJ Cheras Selatan je. Penuh umat manusia,dah last min shopping pun sure la lagi ramaikan. Kali ni kat JJ,tak banyak pilihan. Banyak baju untuk baby,untuk budak-budak besar....yang bawah 5tahun tak banyak pun. Semalam just beli baju siang je,dari RM30++ less 70% dapat la 11++. Nak tak nak,kena la ke sogo jugak minggu ni kan. Dapat cari selai dua untuk my princess tu pun dah cukup. Plan nak cari dress tapi my princess ni...aduhai..susahnya la nak pakai dress-dress ni tau..huhuhu. Dia lebih prefer suar & tee...skirt pun bukan nak! Geram sguh mama tau...nak bagi pakai,paksa pun tak jalan. Kena la beli seluar & tee je macam ni..kalau tak,rugi!