Wednesday, October 27, 2010

Pisang salai & rempah

Mari mari...sapa mau beli...mauahahhaa. Ehh...tidak..tidak..saya tak jual ini barang..hehehehe. Apa ye?? Hahh...ni la pisang salai berkeju & cheese stick. Si ila debab ratu susu ibu, pegi bandung,so pesan ole-ole sama itu ibuk...hehehehe. Pernah dah rasa pisang salai ni..tapi yang biasa punya,tak pernah lagi rasa yang berkeju. Rasanya....sedap!Dah rasa satu,nak lagi & lagi..& lagi. Kalau ada kawan-kawan yang mau ke bandung,sila la pesan....memang takkan nyesal la klu order banyak-banyak pun. Aku bagi ila RM20 jer...so dapat la pisang salai ni 2 bungkus + 1 kotak cheese stick.



Hahh...yang ni pulak....Muar mari okeh! si bibu pegi muar,ada kenduri kahwin...alang-alang pegi sana kena la beli rempah ratus yang sedap tu kan. Aku order mee rebus,mee bandung & asam pedas. Belum masak pun lagi...hahahaha. Insya allah nak try hari ni.....asam pedas ikan kembung.
Nak order.... boleh tengok kat ADAMI

Minyak But-But ~ HPA Produk

Korang-korang yang tertanya-tanya minyak but-but....ni la dia. HPA punya produk,sangat bagus minyak ni. Kalau kena gigit nyamuk ke,semut ker,jatuh ke...atau luka apa-apa la,letak minyak but-but ni...insya allah cepat recover & takde kesan yang tinggal. Memang aku standby minyak ni kat rumah. Baru-baru ni tangan aku injured,kena minyak masak.....korang tau kan sakitnya camne,aku letak minyak but-but ni jer ...memang cepat recover & takde naik gelembong air tu...kesan kena minyak pun takde.
Masa raya hari tu pun,my princess jatuh terlanggar tepi meja....rasanya dah citer hari tu. Darah mencurah-curah keluar...aku letak minyak but-but ni...memang darah terus stop. The hari tu....my princess jatuh kat taska,pengasuh kata tersembam ke lantai...kawan dia tolak...benjol besar telor okeh! Geram je aku.....budak tu selalu buli budak-budak lain. Sakit tol hati aku,kalau berdarah...memang aku jumpa makpak dia. Nasib la takde muntah ke apa....adehhh. Balik rumah terus aku letak minyak but-but ni,esoknya dah nampak surut....takde blueblack pun.

Korang yang ada anak kecik....elok la standby minyak ni & of cos..kalau travel mana-mana pun aku memang bawa minyak ni. Incase apa-apa la kan. Lupa nak bagitau...minyak ni RM10 je sebotol.

Tuesday, October 26, 2010

Nak..tak nak

Di satu malam yang sunyi...si anak sedang bermain-main car seorang diri sambil memanggil mama & ayahnya untuk bermain bersama....sedang si anak ralit bermain rail keretanya..si mama bertanya..

mama : 'batisya..nak kencing tak'
anak : 'tak nak'
mama: 'batisya nak tido tak'
anak: `tak nak'
mama : `batisya nak duduk luar tak'
anak : `tak nak'
mama : `batisya nak g tesco tak'
anak : nakkkkkkkkkk

Tengok....kalau bab berjalan,laju jeeeee. Kita suruh lain....lain yang dia buat. Mulut dah pandai bercakap ni....aduhai...auta banyak betul.

CARA UPLOAD BLOG TEMPLATE

Saya nak share tutorial untuk upload template yang guna format XML..mean upload template dari website lain.

1st thing yang korang kena buat...lepas dah pilih layout yang korang nak,klik DOWNLOAD. Then akan keluar file download. Save dalam folder PC korang.


2nd thing....lepas dah download,korang kena extract sebab selalunya file XML ni zip..so make sure extract.


Then lepas dah klik extract tu,akan keluar la macam diatas ni dalam folder PC korang

Sebelum nak upload new template,make sure korang save dulu template yang lama.  Klik DOWNLOAD FULL TEMPLATE ...save dalam folder,tak perlu buat apa-apa..just SAVE je.


Lepas tu....sebelum nak upload....korang tick EXPAND WIDGET TEMPLATE. Then klik BROWSE...cari file template yang korang nak upload tu..make sure XML document (mean yang logo WORLD).....dah klik open...klik UPLOAD. So.....siap dah template baru korang. Nak tengok.....klik preview..dah ok klik SAVE TEMPLATE.


Satu lagi...kalau korang tak nak upload dari web lain,korang boleh gunakan template dari blog sendiri. Klik design --> blogger template designer -----> background ---->background image...di background image ni korang akan nampak arrow kebawah...klik yang tu..then akan keluar la seperti diatas. Kat situ pun banyak template yang lawa-lawa. Tak susah dah nak mencari. Kalau nak buat 3 column,korang klik kat LAYOUT. Lagi satu,blog korang takkan berat la nak loading..so cepat je..sebab pixel template ni kecik sizenya. (tah korang paham ke idak..hehehe) 

SELAMAT MENCUBA!!


Monday, October 25, 2010

BIO ASLI

Hahh...penah dengarkan produk ni. Produk tempatan...produknya pun takde la mahal pun. Produk yang femes....minyak kelapa dara,power oil 31.....banyak lagi produk lain yang boleh korang dapatkan.

Nak jadi ahli pun boleh..FREE je! Klik JADI AHLI


Kalau tak nak jadi ahli,nak beli produk..boleh order dengan saya...klik katalog


Apakah kebaikan dan kelebihan Minyak Dara Habbatus Sauda untuk kesihatan

Khasiat Habbatus Sauda pada Kesihatan anda

Sebagai Anti Tumur

Resdung

Alahan / Alergik

Darah tinggi dan sistem pernafasan

Kecantikan Dalaman

Saturday, October 23, 2010

Sila ambik kelas memandu

Aku tak tahu la apa masalah jiran aku ni...actually dia dok tingkat atas tapi tak sure tingkat berapa. Memang kalau selisih bahu pun...laki bini tak penah nak senyum..MENYOMBONG lagi ada la...pastu muka kerek! Adehh...betul aku tak suka orang gini tapi as long tak kacau aku sudah. Semalam masa balik,aku perasan kerete dia depan rumah aku....aku tengok dia parking pun senget...seluas-luas kawasan la dia ambik parking tu. Masa aku nak park kereta,dia nak keluar....bila dia dah park senget...aku park ke kiri lebih la..sebab motor en.somi nak park dalam...kang tak muat pulak masuk. Bila dia dah keluar tu...aku bajet orang yang park nanti...kekanan la skit kan.

Selang 10min...aku perasan ada kereta masuk...rupanya dorang jugak,dah tu...parking rapat gile!! Aku saja usha je! Belah kanan tu parking space besar lagi...asal ko nak rapat kekiri...eeeeeeee...saja suruh aku menyumpah kan...kang sure la en.somi susah nak masuk. Aku betul tak paham orang macam ni....main sedap dia jer. Tak kisah la nak park depan umah aku tu kan...tapi agak-agak la...aku dah park kekiri.....takkaan ko tak paham sebab apa...selalu ko nampak kan somi aku masuk park motor dalam rumah. Kang cakap kang..gadoh pulak. 


Aku terus sms en.somi...kang nak park motor,kena menyelit. Selalu en.somi akan cakap...'dia nak merasa kereta dia calar ke...biarkan la'...adehhh. Kalau boleh tak nak la sampai  gitu kan. Next time...memang kena park ke kanan la. Hari tu...jiran atas aku,main sedap dia je....park asalkan boleh. Aku geram...aku park tengah-tengah...saje buat dia paham. Pastu takde dah park situ. Lantak ko la...nak sentap ke apa.

Layout baru


Ok tak layout baru aku ni ..... hehehehe. Saja nak ubah angin......esok-esok tukar lagi...(koma korang!)...hahahaha.

Friday, October 22, 2010

SOS SENGKUANG CALIT

Ingat tak zaman sekolah dulo-dulo....kat tepi pagar ke ,kat kantin ker..mesti ada orang jual buah-buah,air & cekedis. Yang femes aku rasa...sengkuang. Sedapnya la kan....letak kacang tumbuk banyak...rege baru 20sen! sekarang dah 50sen...ada ke 50sen erk sekarang ni...hahaha ke seringgit. Bagi penggemas sengkuang calit,dah ada produk terbaru...korang boleh dapatkan dari kak ame.

Harga sos ni takde la mahal pun...sos merah/hitam + kacang tumbuk - RM9.80 + RM6(postage)
Sos yang dijual ni home made punya.... jom beli... klik SINI

Syana Giveaway


Korang nak makan pizza....meh join GA syana. Syarat-syarat dia senang je...tak susah mana pun. Just buat slogan yer.

"saya suke makan pizza kerana kelazatan,keranggupan,kenikmatan semasa kecairan keju & campuran sayuran & daging memasuki mulut...fuhhhhh...sangat menyelerakan'.

Thursday, October 21, 2010

Sate Emas @ Medan Sate Kajang

Semalam adik kecik aku...ekceli adik bongsu....ajak makan sate. Dia nak belanja makan sate..muahahaha. Lepas pukul 8...aku terus roger ke kajang..berdua je.my somi kerja..hehehe. Pilihan we all.....sate emas di medan sate kajang. Kat sini segala sate ada,semua la...sebut je..insya allah ada. Rasa sate kat sini....terbaekk & marvelos! seyes cakap la....lebih sedap dari sate samuri. Kat sini...daging dia semua fresh.

Sate yang diorder..sate ayam,daging,perut,hati & paru..semua fresh...juicy je bila makan. Memang tak mengecewakan la kalau korang makan kat sini. Walaupun sekarang ,tempat ni tak ramai orang & banyak kedai dah tak bukak .... keadaan kat sini masih selesa & parking pun senang. Semua adik badik aku ada..kecuali abg long aku & famili..dia ada kelas malam,so tak dapat nak join. Maybe next time pulak...plan makan ikan bakar...hehehehe. 

Ni table aku punya...hehehehehe

Batisya yang dah sabar nak bedal sate

Aku yang dah kelaparan..muahahaha..sedap air jus belanda ni tau

My dad & my young bro

We all yang happy coz dapat makan free...hehehe

Time to play ye you all...batisya n kazen

Masing-masing kepenatan...hehehe

AirAsia gets Fabulous!!

Hahh....AA buat promo lagi tapi tak sure promo apa. So esok korang jangan lupa okeh....pukul 11 pagi akan reveal. Mane tau sapa-sapa yang terlepas promo baru-baru ni....boleh la tengok promo esok. So jangan ketinggalan. Ehh dah macam duta AA pulak...hahahaha.

 

Sapa yang ada duit terlebih tu,tak tau nak belanja kat mana....boleh la booking AA...muahahahaha.

9 anak 'buang' ibu kuat makan

Apa perasaan korang,bila baca kejadian ni. Aku sangat emo!! Anak durhaka!! Tak selamat la korang dunia akhirat....sampai hati,sampai hati anak-anak dia buat macam ni. Dah le hantar pusat jagaan,hak mak dia pun anak-anak kebas!! grrrrrrr....eeeeeeeeeee..tak tau nak cakap apa la. Serius...aku marahhh sgt! Dengan ibu tu lumpuh.....allahhhhhhh...dulu kecik-kecik....ibu tu la yang asuh...didik..bagi makan 9 anak..tapi bila dah masing-masing senang....semua merungut nak bela ibu yang sakit tu. Reason hantar ke pusat jagaan...sebab MAKAN BANYAK! Ya allahhhhh...korang ni bodoh ke apa!! Dulu mak korang bela korang....tangan dia la yang suap korang makan ....dengan 9 orang anak....lagi banyak korang makan...9 mulut dia nak bagi..tapi mulut dia yang satu....korang tak sanggup!! Memang cilaka punya anak la korang ni!!
Aku sangat emo kalau bab MAK ni sebab aku dah takde mak........Walaupun ada mak tiri tapi tak sama dengan mak kandung. Tak sanggup rasanya nak buat macam tu pada ibu yang kandungkan kita...........(menangissss)


JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.

Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.



“Sebelum suami meninggal dunia, dia berpesan kepada anak supaya menjaga saya. Namun, setahun selepas suami meninggal, kedua-dua kaki saya lumpuh sehingga terpaksa mengengsot.


“Sejak itu saya dianggap beban oleh anak hingga mereka menolak satu sama lain menjaga saya sebelum mengambil keputusan menghantar saya ke pusat jagaan ini tiga tahun lalu,” katanya.

Aminah mempunyai sembilan anak, lima lelaki dan empat perempuan berusia antara 30-an hingga lewat 50-an. Suaminya yang bekerja sebagai anggota polis meninggal dunia 10 tahun lalu.

Menurutnya, dia yang lebih banyak menguruskan semua sembilan anak kerana suami sering bertugas luar daerah, mendidik mereka dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya.

Aminah berkata, buat masa ini, perbelanjaannya bagi membeli ubat-ubatan mahupun lampin pakai buang yang mencecah RM800 sebulan diuruskan Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan di Taman Bukit Kempas.

Menurutnya, hasratnya menggunakan wang pencen arwah suaminya tidak kesampaian kerana setiap kali persoalan itu ditimbulkan, ia mencetuskan pertengkaran di kalangan anak.

“Mereka mengambil wang itu secara bergilir-gilir. Jika anak sulung lelaki menggunakannya bulan ini, anak kedua mengambilnya pada bulan depan sebelum kad ATM (mesin juruwang automatik) itu diserahkan kepada anak ketiga.

“Saya sedih kerana setiap kali meminta daripada pengurusan pusat jagaan termasuk membeli minyak angin kerana tidak mempunyai wang sedangkan anak bekerja dan hidup senang,” katanya yang sebak ketika menceritakan kisah hidupnya.

Sementara itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Norijah Bidin, 45, berkata, seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan.

Menurutnya, biarpun pada awalnya berjanji mahu membantu meringankan kos penjagaan ibunya dengan menyerahkan wang pencen arwah bapanya, lelaki berusia 40-an itu langsung tidak mengambil peduli mengenai warga emas terbabit sejak dihantar ke situ, kira-kira tiga lalu.

“Kadangkala nenek berkenaan segan meminta hingga kami menggunakan pendekatan psikologi supaya dia tidak kesunyian dan tidak berasa rendah diri dengan keadaannya itu.

“Kami bukan mendesak keluarga itu, tapi sekurang-kurangnya mereka yang berkemampuan sepatutnya membantu meringankan kos yang ditanggung pusat jagaan,” katanya.

Wednesday, October 20, 2010

Blogger Image Upload

Blogger Status

Monday, October 18, 2010

Image Uploads will be disabled for about two hours while we perform routine maintenance on Wednesday, October 20th at 5:00PM PDT.  


We'll update this post as soon as the maintenance is complete.


Kepala??

Ehh..kenapa paip ni ada dalam sinki???
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?

Taraaaaaaaaa......paip sinki patah! hahahaha....adehh. Ceritanya macam ni...pagi semalam aku tadah air dalam baldi kat sinki.....sekali masa nak angkat baldi,boleh tersangkut pulak kepala paip tu......kelepokk....kahhhhhhh. Kejut aku ...tak semena-mena...banjir rumah aku...menggagau cari main pipe nak tutup....hahahaha. Pasalnya.....semalam la,aku park kereta bawah pokok ceri. Burung-burung kan suka makan buah ceri,abis bertabur ceri atas kereta aku. Kebetulan pulak...en.somi baru cuci ahad tu...semangat ko mencuci....en.somi & anak dia le..cuci sama-sama. Aku pun semangat je bawa kereta...berkilau memancar.....sekali......hahahaha.

En.somi suruh aku cuci balik....katanya buah ceri tu makan cat...adehh...tak pasal-pasal je aku jadi syampu girl....hehehe. Dah tu...jadi hal lain pulak. Hahh....ambik ko,berangkut ayor dari toilet ke sinki la. Tunggu weekend la baru en.somi leh repair...nak repair sendiri...kirim salam je la...hehehe.

nota : misi mencari kepala paip

Tuesday, October 19, 2010

Antara sihat ......

Korang nampak tak.....?? Apa la yang aku suruh tengok ni kan. Cuba tengok dalam botol susu tu. Tak nampak erk?? Takpe takpe..aku explain kat korang. Sekarang ni aku bagi susu anmum untuk princess aku ni. Yang jadi masalahnya....bila bancuh,susu tu macam tak larut habis. Sebelum ni ok jer....dolu-dolu le....masa no.3 ...sekarang aku kasi yang no.4...tapi tak paham kenapa susu ni jadi tak berapa larut. Korang yang bagi anmum....ada tak masalah ni. Aku kena banyakkan air panas baru susu tu larut betul,kalau tak.....berkelapong je susu tu.


Sebelum ni aku bagi sustagen.....(asyik tukar susu je kan aku....apa daa...ehh suka la....bukan mintak kat sapa-sapa pun....bukan saja-saja tukar....tentu la ada reason kan)...meh aku citer balik pasai apa. Masa baby....aku bagi lactogen 1...then dah lepas setahun nak tukar lactogen 2....bila tukar...tak sesuai...beri-beri yang terok sampai melecet bontot anak aku...kesian kan. Then...aku tukar anmum...tak sesuai jugak sebabnya poo-poo nya keras pulak. Try pulak enfa......memang la sesuai...takde masalah pun..sebenarnya anak aku ni dah yang mahal aje...kopak okeh! ngada-ngada lebih betul! So...teruskan enfa...sampai la 2tahun tak silap...masa ni....dia memang la kuat menyusu...makan nasik pulak kurang.

Nak suap nasik je...TAK NAK!! macam aku nak bagi apa je ko....punya la payah! Asyik susu jeeee! Sebulan.....berkotak la susu,at the end.....aku finalize dengan sustagen cos under mead johnson jugak. Sustagen kan untuk khasiat 100% .... tapi inulin takde dalam sustagen ni ... anak aku ni alah pada habok...so memang cepat la tersebar virus dalam badan..maka..selsema,batok....mudah datang menjelma.... memandangkan anak aku ni imun ni tahap middle....aku kena tukar susu lagi....sekarang ni dia dah suka nasik..sejak duduk taska ni la..mungkin ramai kawan-kawan kan...yang jadi masalah...imun dia pulak. Buat masa ni....anmum la kot...tapi tengok struktur susu ni ...mungkin bertukar enfa balik....tengok la macam mana...tak pun nespray...ada active protection.

Tu le...nak besarkan anak ni,bukan mudah...macam-macam dugaannya. Ada part senang..ada part susah...bahagian masing-masing Allah beri....bila tak kena batang hidung sendiri....jangan la mengata..bila dah terkena....baru kita ingat kan. Bukan aku mintak anak aku sentiasa sakit....kadang tu terasa jugak la....bila ada yang bercakap..'eh...demam lagi...eh sakit lagi..kerap erk anak aku ni...lemahnya antibodi dia'....Serius! rasa nak penamporrrr & penerajang je! Wehh...ingat aku nak ke anak aku tu sakit....kalau sakit tu boleh pindah...memang aku mintak sakit tu. Biar la aku yang tak sihat...dari anak aku yang sakit. Ye la...anak dia jarang sakit...jarang demam...sihat walafiat la. Grrr...marah okeh! Emo pulak tiba-tiba...sengal dah aku!hahahaha. Emo le kan...kalau orang cakap-cakap gitu....kalau tiba-tiba anak ko sakit terok...baru rasa macam aku rasa. Aku tak mintak la kan....moga anak-anak kita  jauh dari segala penyakit yang berbahaya. Tu je doa aku....sakit demam,selsema..batok...insya allah aku boleh hadapi tapi bila keadaan dah melarat tu harus berwaspada. 

nota: sentiasa bersyukur  

Monday, October 18, 2010

Bila anak meragam

Kalau anak meragam.....ya allah ... rasanya dari sabar boleh hilang sabar kan. Kelmarin petang khamis lepas ambik my princess... tengok mata dia...very sleepy.... stim je. Tanya cikgu taska...'tak tido pun puan,dia duduk dalam bilik..kacau kawan-kawan dia tido,saya suruh dia duduk luar'..... budak-budak kalau tak cukup tido..sure meragam kan...dengan tak sihatnya...lagi la meragam...betul tak??? Ni la yang terjadi kat aku semalam.....aihhhh..seyes wehhh....hampir-hampir hilang sabar la jugak.

Lepas ambik my princess....dia kata nak pegi kedai. Ok fine....bawa la ke kedai...pastu dia kata kedai sana....then turn balik...dia kata bukan kedai ni pulak...kedai sana pulak...(padahal kedai itu yang dia nak pegi..sebab ikut jalan lain..tu yang dia kata bukan kedai tu)....3 kali aku pusing...dah berhenti....ajak dia turun...dia boleh mengamok-ngamok....pastu mulut bising cakap sana-sana....arghhhhhhh.....time ni aku masih berlembut la...cakap elok-elok...nak bawa dia turun...dia leh tepis-tepis tangan kita....buat keras. Ok fine...tak nak sudah,kita balik!

On da way balik....dia melalak pulak,ajak ke kedai....sambil pukul-pukul aku....dah sampai kedai....tak nak turun,dok mengeraskan diri.....aduhaiii....aku pun beli ikan sayur cepat....sebab aku terpaksa tinggalkan dia dalam kereta..nasib la aku benti betul-betul depan kedai...memang leh nampak la dia...dah balik rumah....tak nak turun jugak.....memang berangin betul la...huhuhu....jenuh aku pujuk....last-last paksa jugak bawa keluar kereta....sambil dok pukul-pukul aku lagi.

Dalam rumah.....nak air pulak.....aku pun bagi botol air....dah nak buat sendiri....abis tumpah air...banjirrrrrrrr...time ni rasanya sabar tu macam dah nak gone....tapi aku kuatkan hati jugak....dalam pada tu...aku marahkan dia.....bila dah marah tu....melalak tak hengat la kan...aku sumbatkan susu....pujuk tak jalan....lama-lama dia tertido sendiri....kesian je kena marah...tapi kalau tak marah....lagi la dia buat perangai. Dalam dia tido tu pun....masih merengek-rengek....tak selesa sebab apa...tak sure. Nak kata demam...xde pun,then kata sakit telinga la....kepala la. Sampai ayah dia balik pun....masih moody.

Aihh....macam-macam pe-elnya.....selagi boleh sabar,sabarkan je la

Brownies

Sejak merasa brownies fiza mac lalu,lama gila wehh...dah nak abis tahun pun...hahaha. Aku memang telah jatuh cinta dengan brownies fiza made ni. Seyes....sangat menyentap jiwa & raga aku...sentiasa terbayang kesedapan brownies tu..dengan lembabnya,dengan kerangupan badamnya..perghhhhhh..meleleh ko bila makan...hahaha.

Sejak tu....aku dah tanamkan dalam hati aku,nak buat brownies ni...tak puas makan wehh...hahaha. Fiza pun dah tepek resepi dalam blog dia..tapi sejak dah tepek tu..asyik tertangguh je misi aku nak membaking..hahahaha. Ada jeeeeeee aralnya (sebenarnya malas)...korang jangan jadi macam aku okeh...hahahaha. Then last week aku tetapkan hati nak buat jugak! Harus!! so aku pun membeli bahan-bahannya tapi..........seminggu ko ambik masa nak membaking!hahahha..aku letak je kat dapur..tak terusik pun....kesiannn betul. Akhirnya.....dengan hati yang cekal....aku menjalankan misi yang telah tertangguh sekian lama pada tengah malam ahad....hahahaha. Macam ko nak pegi berjuang je kan. Korang kalau rajin...sila la buat. Kalau tak rajin..order je dengan tokei kek ni ok...FIZA

Aku buat tak jadi macam ni...jadi dry...bak kata fiza maybe overbake @ oven panas sangat. Rasa dia masih sama...lagi sedap kalau lembab. Fiza...aku pinjam gambar sebab terlupa snap picas...hahaha
 
Bahan2
(A) - Sebatikan
1 cwn susu cair
1 cwn butter yg dicairkan atau 3/4 cwn minyak kelapa
1 cwn air panas
2 cwn gula perang

(B) - Adun sebati
2 biji telur (gred B)
1 st esen vanila

(C) - ayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 st baking powder
1st soda bikabonat

Cara2
1) Panaskan oven 175c - 10 minit
2) Sebatikan semua bahan A. Tuang bahan B dan sebatikan. Masukkan bahan C. Aku tak gunakan mixer, sekadar guna whisker saje...
3) Alas loyang 10x10cm dengan kertas minyak yg telah digris dengan marjerin.
4) Bakar 40-45 minit (hingga masak).

Friday, October 15, 2010

Bila saya bercerita.....

Hari-hari memasak sedunia...hehehe. Bila mood masak datang,memang nak masak je la kan. Kalau mood masak tu swing...makan burger pun dah cukup...hahahaha. 2,3hari ni....aku masak ikan jer. Bohsan kalau makan ayamm je...udang je....so kena la pelbagaikan. Aku ni suka masak macam-macam tapi sebab 3org je,tak berbaloi kalau masak banyak-banyak...tapi so far kalau masak pun,abisss....hahahaha.

Menu rabu..siakap sambal

Menu semalam....bawal sweet sour,sotong goreng tepung & kailan oyster.

Ehh korang...sekarang ni bukan musim LALA ker?? Hari-hari pegi kedai,dok mencari la LALA....teringin nak makan. Buat masak lemak ...perghhhhhh...sedapnya. Mane yer nak cari LALA ni (oh yer...tiada apa-apa motif yer...hahahaha) sebab dah lama tak makan..sebab tu TERINGIN sangat! Jangan sangka apa-apa yer...tiada makna..aku tidak berdusta...hahahahaha. Kalau ada...akan kukhabarkan berita gumbira....muahahahaha.

Minggu ni.....bila tengahari je,redup...tapi bila petang,masya allah....terik betul. Sidai kain sehari pun kering! Tu dia....dalam bakol penuh ko..baju tak berlipat...gara-gara rajin membasuh baju...menyidai baju...sampai dah tak muat bakul ko!hahahahaha. Kerja tu boleh dilakukan dihari minggu....ye ke??? aihh...bila hari minggu....nak berjalan la,nak berehat la..nak tengok tv la....masa bila erk nak lipat...hahaha. Kan bagus ada mesin lipat kain terus....gila malas betul! semua nak lengkap serba serbi...hahahahaha.


Ohh yer....tak perlu risau sebab saya ada assistant yang boleh diharap...memang boleh harap sangat-sangat..hahahaha. Dari melipat kain...sekarang dah menceburkan diri ke dapur....cuba-cuba mencuci pinggan mangkuk..yang dah dicuci pun sanggup dicuci lagi...sebab mama saya basuh tak bersih!hahahahaha. Budak-budak memang suka main air kan....penat mulut aku bebelkan....sebab rasanya dia boleh berenang sekali dalam sinki tu...abis lencun dibuatnya dapur aku. Mulut sekarang dah pandai cakap macam-macam. Layankan je la kan....kalau kita macam ni,dia pusing macam ni pulak....kadang ternganga dengar jawapan dia tu...hahahaha.

Bulan 12.....genap la 3tahun..yeeeeee....saya dah besar! Bila orang tanya anak umur berapa...'nak masuk 3tahun dah'..'hahh..boleh la bagi adik'............................... alaa...bukan tak nak tapi....aihh tak tau nak citer camne. Biarlah rahsia...ewahhh! Sekarang ni memang pantang tengok baby......aku rasa nak pinjam je ....hahahaha. Bau baby kan wangi.....harum....memang menenangkan fikiran la. Sekarang ni pun tenang jugak...dengan princess aku tu.....hahahaha...hari-hari rindu.....(dulu rindu dengan ayahnya..sekarang anaknya la kan..hahahaha). Seyes wehh....rindu lebih la...kat somi pun rindu jugak...gile ko tak rindu somi...muahahahaha tapi rindu pada anak ni....subhanallah....besar betul nikmat yang allah beri ni .... naluri IBU.....SYURGA DIBAWAH TELAPAK KAKI IBU......memang sangat nikmat menjadi seorang IBU ni. Pelik aku...manusia-manusia berhati binatang yang kat luar sana...yang sanggup buang zuriat sendiri.

nota : hah kau...dr masak ke anak....menceceh hahh...hahahhaa

10 Perkara Mengenai Jin

10 Perkara Mengenai Jin

1. Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.

2. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4. Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).

5. Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (klcc), tandas dan kubur.

6. Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca ” Sala Mun, ‘Ala Sulaiman, Fil ‘alamin.” Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka
sangat membaca ucapan, “Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu” Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin!!!!

7. Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong….” Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8. Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9. Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai…. orang melayu suka sangat menepung tawar !!!

10. Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

Source: Kumbang Jingga

Thursday, October 14, 2010

Doa hindari sihir/gangguan

Untuk kawan-kawan amalkan...dapat dari ust.Sharhan Shafie. Ohh yer..kawan aku mamaherda, abg dia pengamal perubatan islam,sapa-sapa yang rasa perlu bantuan tentang sihir atau gangguan ni..korang boleh hubungi ZAMDURANNI


Surah As-Saffat : ayat 7. Elok diamalkan selepas solat 5 waktu.


Modify Booking Air Asia

Ada masalah dengan booking AA,meh aku share sikit hasil godekan aku...hahaha. Sapa yang dah tau tu,diam-diam okeh. Yang tak tahu....boleh la ambik info ni. Dalam fb,aku ada highlight mengenai ID no yang tak isi dalam booking sebabnya aku sangat terlupa nak isi...hahaha. Ye la...jarang nak terbang sana sini kan. Macam jakun kejap bila booking dengan AA ni sampaikan tak perasan column Identification tu sebabnya takde tanda star...hahaha..so aku pikir benda tu tak penting la kan. Setelah riki-riki dengan member lain,dorang kata kena isi ID tu. Aku pun try la call AA....cam haremmm. Balik rumah try call lagi...dari pukul 8 lebih sampai la kul 11....semua line tak available...kubing betul! naik sakit jari aku tekan redial...nasib ada redial .. tak yah nak tekan-tekan no banyak kali...kalau tak bengkok jari i u.

Sampai office...terus try lagi call,sama gak..ampeh! So aku pun godek-godek web AA ni. Then aku masuk kat FAQ....cari la soalan berkaitan ID ni...tapi tak jumpa. Godek lagi...jumpa change itinerary. So aku pun klik .... wahhhh..sudah jumpa. Dengan langkah berhati-hati...aku pun try luck...(mcm nak pegi interbiu je)....klik itu..klik ini...akhirnya...keluar ITINERARY aku. Akhirnya....boleh update sendiri dalam itinerary aku tu. Tak yah dah nak call AA,memang takkan angkat punya la.

So korang yang mungkin ada termiss apa-apa,nak cek balik itinerary korang....boleh buat sendiri.

First thing...korang pegi kat My flight ----> Manage Booking lps dah klik..akan keluar yang status tu semua la. Korang klik Non Member


Dah klik NON MEMBER,akan keluar table ni...korang isi la booking no korang ..segala detail tu. Then klik FIND ITINERARY

Lepas dah klik tu...so akan keluar la detail booking korang. Kat belah kiri...seperti diatas,korang boleh klik je mana-mana aktiviti yang korang nak modify. Untuk tukar ID...klik UPDATE TRAVELER DETAIL & sebagainya la. So selamat mencuba...hehehe

Wednesday, October 13, 2010

Potong rambut versi sakura

Cantik tak design rambut gambar ni....rasa macam nak potong rambut gini la. Ala ala pendek berlayer..smart je kan. Rambut sekarang ni panjang dah & selalu gugur. Korang ada masalah rambut gugur tak?? Macam mana ye korang atasi?? Meh la share sikit petua-petua yang korang amalkan.


Penangan tengok naruto....girlfren naruto ni tau,setelah dia dewasa...sangat la cun..sesuai tol dengan rambut ni. Perasan tol .. berangan ala ala masuk dalam animasi. kang dah masuk tak boleh balik....macam mana?? sapa nak jaga somi & anak ko...mereng dah ... hahaha.

Nota : sangat fanatik dengan NARUTO

Mineral Pot

Kat rumah korang tentu ada pakai water filter kan. Sekarang ni dah macam-macam brand ada. Sediakan $$$$$ jer...hehehe. Kat rumah aku,just guna yang manual tapis je,ni pun hadiah kahwin...dah 4 tahun pakai. Air paip direct kan ada klorin plus dengan corrosion lagi..sebaiknya tapis air tu. Minggu lepas,dom filter aku tercabut...mungkin dah wajib tukar kot. Amboii....ko nak air berkhasiat tapi ko tak nak pun tukar aku yer,rasakan ko..minum la air karat. Gile kentang kalau benda ni boleh bercakap..hahaha. Orang kata...selagi boleh pakai,sampai dah nazak la kan kena pakai..hahaha. Cari gak giant rumah aku tu,ampehhh....nan ado! sebabnya tengah renovation bagai.



So...sebagai alternatif....aku beli air mineral cap giant. Kebetulan dah abis,aku cari air refill. Kalau pegi kat kedai-kedai,kadang-kadang ada air dismolis (ahh..aku x tau eja camne..korang buat-buat la betul ejaan tu erk..hahaha) .. aku refill je dengan air mesin tu...1 liter 10sen..or 20sen. Kebetulan pegi kat belakang giant tu,mesin pulak dah rosak. Kena la beli lagi mineral cap giant ni. Sebotol besar tu dalam RM3++....5 botol ko en.somi beli...hahaha.  



Kebetulan hari tu merayap ke kedai kat belakang taska. Ternampak lak mesin air mineral ni..brand Dr.sukida...dutanya Chef Wan. Dalam kereta ada 2 botol kosong,terus la isi...seliter 20sen. Ok la kan....2 botol baru $2...jimat!

PENIAGA ONLINE WITH SSM

Sebelum ni aku penah highlight kan mengenai business online ni. Sekarang ni dah keluar akta,setiap peniaga online harus berdaftar dengan SSM. Bagus jugak keluar akta macam ni sebab nak melindungi hak-hak pengguna yang membeli secara online. Ohh yer, hati-hati untuk peniaga online..sebab SSM sentiasa membuat pemantauan perniagaan online ni. Jangan sampai ada yang kena denda sudah la yer. Satu lagi....LHDN pun bergabung dengan SSM....dimana bagi yang melebihi pendapatan minimum,siap la kalau korang tiba-tiba dapat surat dari LHDN...jadi bersiap sedia la dengan segala bil.,resit & semua detail la. So kepada peniaga online,sila la register perniagaan korang yer. Kebetulan masuk blog MAYANGSARI,ternampak pulak logo SSM...bagus MAYANGSARI dah register dengan SSM. Kalau membeli dengan peniaga online yang register dengan SSM pun takde masalah dah kalau terdapat penipuan sebab dah boleh buat aduan. Hak kita sebagai pengguna terlindung.


Promote skit walaupun  tak dapat apa...hahaha. Aku suka dress kat MS ni...semua cantik-cantik & murah!  Walaupun aku tak penah beli dengan MS tapi aku selalu buat comparison dengan web lain yang jual design yang sama. Ye la..hak pengguna harus ambik yang berkualiti tapi harga berbaloi. Kalau ada lagi murah,takkan nak beli yang mahal pulak kan. Kena berbelanja dengan bijak.


100 MILLION GUESTS FLOWN FROM RM1 BY AIR ASIA!!!

Hahh....korang nampak kan picas kat bawah ni,AA buat promosi lagi....100MILLION GUESTS FLOWN...serendah dari RM1. Sangat berbaloi kalau booking time promosi kan. Promosi ni dari 13 Oct - 17 Oct. So apa lagi.....jangan pikir lama-lama,booking cepat-cepat...hehehehe. Oh yer...kalau time office hour korang booking,jawabnya memang susah nak dapat la. Sila la booking lepas 12 tengah malam yer..hahahaha. Make sure korang tido dulu,pastu bangun balik...ekekekek.

Nak booking....klik SINI

Monday, October 11, 2010

TOP Contest Referrer - Win IPHONE 3G!!!


kad kahwin
Kad Kahwin


Syaratnya sangat la senang,just klik banner & add dalam blog korang. So...apa tunggu lagi,mane tau dapat HP free..hehehe

Yeyyyyyy..saya dah dapat!

Yeeeeeeeee...aku dah dapat BE baru dari Nuff! I love u nuffff...hahahaha. Lama betul menunggu BE dari nuff ni tau. Ingatkan dah merajuk abis. Bahan nak update dah ada tapi tak sempat betul nak buat kat rumah. Nama je ada tenet...tapi tak guna sangat pun...hahaha. Selalu update kat office. Dulu meroyan nak tenet kat rumah..dah ada tak reti-reti nak guna..hahaha.

Kali ni...aku dapat 3 BE dari Nuff....dari Citibank,Aliance & AA. Meriahnya...TQ Nuff!

Saturday, October 09, 2010

3 Nuff!! Saya sukaaaaaa!!!

Hahh...korang nampak tak?? sukanya akuuuuu...sejak cashoutkan nuff hari tu...langsung tak masuk lagi iklan dari nuff...ingat dah merajuk...huhuhu. Hari ni keluar ... sekali 3.. syukur alhamdulillah. Saya sukaaaaaaaaaaaaa...hahahaha. Bukan senang nak dapat 3 sekali kan. Sejak menjak ni....rasa mood nak berblog tu dah datang,harus cari bahan untuk berblog...hehehe. Korang yang otai...sure lagi banyak nuff bagi kan.


Nuffnang...sila la beri lagi ye BE baru...tak sabar dah ni nak tengok berkelip-kelip umpama kelip-kelip yang menyinari...ewahhhh...hahahaha....ayat tak boleh blah!

Happy Weekend!

Korang kerja ke hari?? Me?? kerjaaaa!! Hari sabtu & ahad..ada jemputan belated Raya...hehehe. Hari sabtu jemputan dari owner Taska & ahad...mommies Ayien. Sepatotnya..hari ni ke seremban,my ex-classmate kahwin..tapi en.somi berkerja hari ni & esok. Esok 10.10.10....cantik betul tarikh ni kan. Sure la ramai yang berkahwin esok...Selamat Pengantin Baru kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan...Moga kekal hingga ke akhir hayat. 

Sebut pasal kahwin ni...esok secara langsung diTV3 Perkahwinan Dr.Syeikh & tunangnya...tema KAYANGAN. Moga kekal hingga akhir hayat.

Thursday, October 07, 2010

Six missing off Malaysia after boat collision

KUALA LUMPUR, Oct 7, 2010 (AFP) – Malaysian marine authorities said Thursday they were searching for six fishermen who went missing in the Malacca Strait after their boat collided with a cargo ship.
Eleven others were rescued from the sea shortly after the incident, which occurred early Thursday in the waters off central Selangor state. Of the 11, two needed hospital treatment.
"The search and rescue operation for the missing fishermen is in progress," a spokesman from the Marine Operations Force told the national news agency Bernama.
Marine police officials could not be immediately reached for comment by AFP.
At least 94,000 ships sail the narrow Malacca Strait each year, making it one of the busiest waterways in the world.

Sumber Yahoo news

Note : Moga yang hilang dijumpai dalam keadaan selamat..aminnn

Dinner simple

Dinner malam tadi...simple jer. Sambal telor..request by en.somi. Then goreng tempe & drumstick perap. Untuk drumstick...aku tambah sikit vege...carrot,kentang,peas&brocoli...semua tu aku goreng jer then tabur oregano sikit.

My princess suka makan sayur-sayur .. so semalam goreng jela. Boleh ratah macam tu jer...hehehe.

Ayam diatas..walaupun legam ... hahahhaa...rasanya sangat la sedap bila dimakan bersama sayur-sayur yang segar itu..hehehehe. Krap krup bila dimakan bersama ayam...hahaha. Ehh...aku tak tipu la..memang sedap (eleh..angkat bakul sendiri konon)...hahahaha

Whopper for RM1

Semalam korang pegi tak Burger King...ada promotion Whopper RM1 with any purchase soft drink. Kalau BK ni dekat dengan office aku,memang aku beli dah Whopper ni. Bukan senang nak dapat promosi Seringgit ni kan...kalau air + burger..dalam RM3..ok apa. Selalu burger pun dalam RM2.80 kan....belum campur air lagi..hehehe...tu kalau burger biasa.

Petang semalam call en.somi,request la jugak burger seringgit ni kan...tapi en.somi kata tengok la macam mana. Teringin jugak BK ni....hehehe. Dah lama tak makan sebenarnya BK ni sebab outlet kat KL ni tak banyak. Sapa yang dah cuba tu...sedap tak???

Wednesday, October 06, 2010

Ikan tenggiri yang mahal!!!

Semalam balik kerja,singgah Giant. Plan nak masak...(nampak sangat dah lama tak masak)...hehehe. Dalam otak ni dah plan nak masak lemak ikan tenggiri & sayur campur. Sampai kat giant,hujan pulak...redah je la kan...terus menuju ke barang basah. Tengok ikan tenggiri ada....hah...cantik dah ni. Bila aku tengok harga yang dipaparkan...RM32.90 /kg. Aihh...biar betul ni kan....tapi aku pikir mungkin mahal kot sekarang..(dalam hati berkira-kira gak..bila tengok harga). Aku pun suruh mamat potong ikan tu potong 2keping. Dah bungkus timbang...dia bagi aku. Terkejut giloss ok....2 keping RM9.21. Ehh...biar betul ni...selalu aku beli 2keping dalam RM5 jer. Dah berkira-kira..nak ke tak. Takpe la..belasah je la kan. Dah beli barang lain,terus balik. On da way nak ambik my princess,teringat cili api pulak takde. Singgah kedai runcit dulu....ambik cili api & telor asin. Aku saje la tanya kat kedai...tenggiri sekilo berapa...'RM19 kak'. Ya allahhhhh....membebel aku dalam hati ok! Rasa nak pergi balik giant tu,nak pulang balik. Serius! Aku rasa macam dah kena tipu pulak.  Takpe...next time memang aku tak beli dah kat giant ni. Memang mahal gile ^%$$ ok!


Bila dah masak,tunggu en.somi balik. Pukul 10 en.somi sampai....rehat-rehat kejap..terus hidang makan. Masa en.somi makan...dia tanya aku..'sayang,nape ikan ni macam liat'...'aik..tak masak ke yang'....'ermm..meh sayang reneh balik'....tunggu 10min ye yang. Lepas 10min....ok tak yang??....korang tau...ikan tu masih liat & rasa dia.....aduhaiii...tak tau nak cakap apa la. En.somi tak makan ikan tenggiri tu....aku pun tak makan. Memang lepas ni,aku tak beli dah kat Giant ni. Macam ampehhhh!!


Sayur campur je malam tadi....my princess suka ratah sayur. Malam tadi my princess makan macam-macam. Kebetulan adik aku datang,dia bawa pulak yong tau fu....banyak gak my princess makan.Ayah dia balik...makan nasik pulak...hehehe. 2,3 hari ni...nampak my princess dah ok...demam dah takde..cuma selsema & batok sikit-sikit. Lega skit....dah kurang banyak illness dia tu. Cuma aku je la yang belom sihat sangat...(ehh jangan pk ada apa-apa pulak ye..jawapannya TIADA)...hehehehe.

Monday, October 04, 2010

Breathe Right kids & potty

Weekend minggu lepas...bosan. Hari sabtu banyak open house tapi...aku & my princess DEMAM. Hari jumaat tu le demam...MC...bulan sept lepas...3x dah my princess demam...hari jumaat tengah malam tu dia melalak sebab blocking nose. Dah pergi klinik sebelum tu ambik ubat tapi takde kurang pun. So ahad semalam bawa ke klinik kita di Cheras Perdana. Doc dah pesan..tengok 2 hari..if tak ok...datang balik nak ambik darah. Aihh...kalau anak sakit..dengan kita pun jadi tention tapi redha je la kan. So semalam lepas ke klinik..terus ke Cheras selatan...saja bawa my princess jalan-jalan. Then cari breathe kids untuk nose dia tu. Beli kat watson...RM10.80,mahal jugak..tapi ada 12 pcs. Semalam try bagi dia pakai...tu pun lepas mandi petang....lena gak dia tido...walaupun pukul 2 pagi bangun...hahahaha.

Hope my princess cepat sembuh...tak sanggup le nak tengok dia dicucuk...sakitnya la kan.


Sekarang ni dah banyak cawangan D.I.Y....kat JJ cheras mahkota pun...then semalam ke cheras selatan tu..cari la kedai ni. Betul-betul belakang JJ....deret restoran makanan cina. Window-window.....beli la syampu kereta,alas meja...then nampak potty alas duduk tu...rege RM9.50...kat tesco hari tu RM22++..so rembat la untuk my princess...senang poo-poo...hehehe

Macam-macam barang la korang leh dapatkan di Mr.D.I.Y ni..harga pun murah...tapi banyak brand dari china la. Nak kata takde kualiti langsung...50-50 la...depends jugak.

TopsyTurvyMum First Lucky Draw

STICKY POST,NEXT ENTRY BELOW

Jom join TTM Lucky Draw. Sangat lumayan ok hadiahnya...dinner set. Memang aku suka dinnerset ni & lom ada lagi set ni...hehehe. Kalau dapat,sangat la beruntung...aminnnn. Jom korang join...tak susah pun syaratnya...masuk sini yer.. TTopsyTurvyMum





Syarat-syarat penyertaan:


1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)


2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)


3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)


4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)


5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.


6. Pemenang akan dipilih DI SINI.

Saturday, October 02, 2010

Ambil Perhatian para blogger!!A Nuffnang Community Announcement

Salam sejahtera Nuffnanger,

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, terdapat 2 jenis kempen iklan yang diberikan oleh Nuffnang iaitu Metered (mCPM) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah pengunjung yang melihat iklan dan Cost-Per-Click (CPC) Campaign yang dibayar berdasarkan jumlah klik terkumpul dari iklan yang disiarkan.

Kami menyedari bahawa terdapat sebilangan ahli yang terlibat dengan aktiviti click fraud, iaitu perbuatan klik pada iklan CPC dengan sengaja demi menjana pendapatan pemilik unit iklan tersebut.
Aktiviti click fraud melanggari terma & syarat kami di bawah seksyen 6.

Suatu unit iklan itu sepatutnya diklik oleh pengunjung yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen iklan yang dipapar, dan bukan semata-mata bertujuan untuk menjanakan pendapatan. Sekiranya situasi ini bertambah buruk, kadar penyiaran kempen iklan akan turut berkurangan oleh kerana pihak kami hanya dapat menjual ruangan iklan di dalam blog yang tidak mempunyai rekod aktiviti click fraud.

Sistem kami mampu untuk menjejak serta merekodkan aktiviti click fraud dan sekiranya perlu, rekod-rekod yang terkumpul boleh digunakan sebagai bahan bukti bagi tujuan kehakiman. Sebelum ini, pihak Nuffnang telah pun menggantung dan menyenarai hitam pelbagai individu dan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti click fraud. Namun, disebabkan bilangan ahli di dalam komuniti yang melakukan click fraud semakin bertambah ke suatu tahap yang membimbangkan, kami dipaksa untuk lebih berwaspada dan tegas dalam mengambil tindakan. Ini bagi memastikan ahli komuniti yang lain tidak berasa tertindas dalam jangka masa panjang.

Di antara perbuatan click fraud yang umum ialah:
- klik pada unit iklan milik blogger lain dan meninggalkan komen di blognya bagi meminta blogger tersebut untuk klik pada unit iklan milik sendiri.
- mendaftar sejumlah besar blog dan klik pada iklan dalam setiap satu.
- menukar alamat IP komputer dan klik pada unit iklan secara berulang-ulang .

Tindakan akan diambil sekiranya perbuatan di atas dapat dikesan oleh pihak kami.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana rakan anda atau pihak lain yang terlibat dengan aktiviti ini, kami amat menghargai usaha anda menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian. Mana-mana ahli yang dikesan melakukan aktiviti click fraud akan diambil tindakan tegas oleh pihak kami, sama ada melalui penggantungan atau penutupan akaun miliknya.

Terima kasih atas perhatian anda.

Sekian,
Robb Chew
Jabatan Perhubungan Blogger
Nuffnang Sdn Bhd