Tuesday, November 30, 2010

RON97 petrol go up!



Price of RON97 petrol to go up 15 sen at midnight Nov 30: Ministry

Monday, November 29, 2010

Intenet kaput di office

Arghh...tension je bila internet office down. Dari hari sabtu lepas,tiba-tiba tak boleh access. Bila call TM kata takde gangguan apa-apa. Then hari ni try troubleshoot lagi,masih tak boleh jugak. Kena tunggu 72jam untuk settlekan technical problem ni. Pagi tadi pun customer service cakap tak boleh nak detect port. Mesti port problem la,selalu jugak la jadi macam ni. Hari tu orang curi cable...aih maca-macam betul

Hope TM dapat perbaiki dengan cepat la. My MD dah tak senang duduk,internet tak boleh access..hehehe. Kebetulan dia tanya pasal internet,dia suruh upgrade terus yang max! Aihh..sabar je la bos ni,dah takde kerja sangat. Yang kena pergi ke TM...daku ni la! Bonus lebih yer bos..muahahaha

Batisya meet Dentist

Jumaat kelmarin mama cuti...bawa princess jumpa dentist. Mommies ila la advice sebab dia pun bawa hero dia cek up gigi. Seawal pagi bangun bersiap,pukul 9 keluar. Hari tu nak cuba ajar my princess duduk di carseat. Dah lama dia tak duduk dicarseat ni,dulu dia memang la tak nak tapi hari tu tah macam mana dia excited,siap nak pakai belt sekali. Fuhhh lega!



Pergi klinik pergigian BTR jer,dekat dengan rumah MIL..hehehe. Kebetulan cuti sekolah,ramai jugak la budak-budak masa hari tu. Ohh yer..klinik ni hari jumaat khas untuk kanak-kanak & remaja SAHAJA. Lama juga la menunggu turn,no.22..masa sampai tu baru no.5. Tengok jam dah pukul 10.45..time tu princess poo-poo pulak. Dalam toilet dengar nes panggil nama princess. Dah selesai dalam toilet,pergi bilik no.2..tanya dah panggil ke my princess..dia suruh tunggu kejap. 5 min lepas tu..nes lelaki panggil.

Takot jugak la my princess menangis kan sebab masa tengah tunggu turn tu,ada satu budak pompuan menangis...dah baring dalam bilik...nes nak cek dia tak nak..mak dia pujuk lama jugak la..hahaha. Time princess..nes suruh baring atas kerusi tu,rileks je dia..hehehe. Nes suruh bukak mulut...dia nganga then mama pun cakap kat dia...bukak besar-besar,doctor nak tengok gigi cantik..hehehehe


Setelah diperiksa...doc cakap semua ok..ada gigi akan tumbuh lagi. Bila dia dah 7 tahun,semua gigi akan tumbuh besar & rapat. Ingat nak cek jugak tapi khas untuk anak-anak..tak dapat la cek sekali. Maybe next time

Sunday, November 28, 2010

Maha 2010

Korang dah pergi ke MAHA 2010 ni. Teringin nak pergi tapi en.somi macam malas,katanya sebab kena naik chartered bus. Aihh..sabo je la en.somi ni

Macam-macam ada kat sini,expo bermula dari 26th Nov-5th Dec. Ada masa lagi nak pergi ni...hehehe. Rugi kalau tak pergi,bukan senang dapat tengok expo pertanian ni kan.

Saturday, November 27, 2010

System Message - Duplicated earnings issue

Kawan-kawan dapat tak email ni,patot la earning tak masuk-masuk. Dah agak ada error tapi just tunggu je dari komuniti highlight benda ni.

Dear Nuffnanger,

Due to a system error, your global CPC earnings for the week of 14th-20th November were duplicated when the earnings were credited yesterday (25th November). You are receiving this email because your account was affected.

We have made the necessary adjustments to our system and you may find that your displayed earnings will be slightly different from the 25th of November due to this.

We apologize for this error and any inconvenience caused to you. Thank you for bearing with us.

Friday, November 26, 2010

Dentist Tadika Rapunzel

Hari ni cuti....nak bawa princess ke dentist buat cek up gigi. 1st time bawa ni,hope dia ok la kan. Bawa kat klinik kerajaan jer,tak yah bayar mahal-mahal..gunakan apa yang dah disediakan..hahaha. Lepas jumpa dentist,nak pergi survey tadika/taska baru princess. Plan tahun depan nak antar school..insya allah.

Lepas tu,nak bawa princess pegi tengok wayang..dating berdua. Actually mamanya pun suka kartun..so tumpang sekaki la ye..hehehe. Kebetulan tengok blog syana,tu yang nak tengok jugak la. Thriller pun nampak gaya macam best je.

Sapa dah tengok..... best ke tak??

Wednesday, November 24, 2010

Ayah dalam bilik??

'Mama...ayah dalam bilik tu'
'Ehh...ayah work la. mane ada ayah'
'tak....tu ayah...(tangan tunjuk dalam bilik)'
...........................
cuak beb!nak masuk rumah ke tak
'Mama!ayah dalam bilik...ayah tido..tuuu'
`Ishkk....mane ada la'
Dengan langkah bismillah....mama terus bukak lampu bilik
`ehh......'
my princess terdiam & blur

Hahh...ni la kejadian petang semalam. Lepas ambik my princess,terus balik rumah. Bukak pintu macam biasa,my princess yang masuk dulu. Terus dia meluru ke bilik no.2....dia cakap ayah dia dalam bilik tengah tido. Goshh! mama kedu jugak sebab dia mengiyakan percakapan dia tu. Bila mama menidakkan...dia keep saying dia nampak ayah. Actually en.somi balik malam,masa tu en.somi tak balik pun lagi. Bila mama bukak lampu,dia tengok ayah dia takde....dia pun macam blur.

Bila en.somi balik around pukul 8,bagitau la en.somi pasal ni.
`Dia kata nampak ayang'
`Batisya nampak sapa,ayah keje la'
`Batisya nampak ayah la kat dalam tu'

Kami berdua...senyum jer.

Monday, November 22, 2010

Cari rabbit..periuk yang dapat

Semalam petang,bawa princess jalan-jalan. Takde kemana pun sangat,tesco kajang jer. Sebenarnya ada plan lain,nak mencari arnab untuk princess. Dari pagi asyik sebut nak rabbit. Puncanya,princess terdengar ayah dia bercakap telefon dengan pak tamnya (abg en.somi). En.somi suruh abangnya cari arnab sepasang untuk princess di kampung. Malangnya anak arnab dah takde,habis orang dah beli.
Plan cari kat kajang,kebetulan ada kawasan agro dikajang tu tapi takde pulak arnab...yang ada ayam,itik,kambing & lembu jer. Terus ke tesco kajang,jalan-jalan cari pasal. Sambil window tu, tengok je la apa-apa yang murah. Nampak periuk murah,belek-belek..rembat 2 biji.
Murah je...yang sederhana besar tu RM12.90,yang kecik tu RM9.90. Kat rumah mama ni.periuk kecik memang kurang ada. Saja tambah koleksi,kalau masak sikit-sikit...senang la kan,tak payah nak guna periuk yang besar.

Rosselle

Mungkin ada yang tahu .. mungkin ada yang tidak. Mama suka minum rosselle ni,rasa dia macam rebina. Mama beli yang cordial HPA produk. Kandungan vitamin rosselle ni lebih bagus dari buah oren. Kebetulan semalam pergi pasar pagi di Bdr Tun Razak,beli barang basah skit then nampak rosselle ni. Sekg RM6..mama beli RM1 jer...banyak jugak la dapat.
Satu plastik ni RM1 .... boleh dapat satu jug la kalau buat air
Cara nak buat air dari rosselle ni,buang biji tengah tu,kelopak bunga je ambik...basuh dulu then blend bersama gula & ditapis hampagasnya. Sedap diminum masa sejok,masa panas pun ok juga.

Kala Bulan Mengambang

Malam tadi..bulan sangat indah!subhanallah! Langit sangat cerah..kuasa ALLAH..sekejap panas sekajap hujan. Tapi malam tadi...bulan sangat penuh.Cahayanya memancar terang benderang.

Guna HP cabok jer...gambar kurang kualiti skit. Kalau kawan-kawan perasan malam tadi,pasti kawan-kawan pun sama-sama menikmati.

Thursday, November 18, 2010

Kenapa yer??

Nak tanya korang la,ada same problem tak dengan mama. Macam ni....mama dah follow blog-blog yang mama suka then tiba-tiba boleh hilang dalam list following tu. Bila mama klik follow...mama notice yang mama tak follow lagi blog orang tu. Actually dah penah klik follow. Faham ke tidak yer?? Contoh la yer...sebelum ni dah follow blog DTS,bila tengok dalam list takde pulak. Tanya abg mat,dia kata tak delete tapi boleh hilang.

Dah 2 blog yang mama trace problem ni...huhuhu. Jangan delete mama yer,blog yang best-best pulak tu boleh hilang. Nasib baik ingat link blog-blog yang best tu.
Gambar diatas tiada kena mengena pun...hehehe. Saje buat contoh follower jer.

Aidil Adha 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha. Semua dah kembali berkerja kan & ada yang sambung cuti. Kali ni raya Qorban Mama sambut dirumah ayahanda mama. Mula-mula nak balik rabu pagi je tapi tak syok pulak sebabnya kesiankan en.somi,dia balik kerja pun pukul 9 malam. So en.somi kata nak balik jom la..cargas la mama kemas baju semua kan. Sebelum tu dah kemas-kemas rumah dulu,kasi berseri-seri macam malam pengantin...muahahaha. Pukul 10 lebih sampai rumah ayahanda,makan-makan...terus zzzzzz.

Seawal subuh dah bangun,my princess pun sama. Excited nak raya & excited nak pakai baju kurung. Dari malam tu sibuk nak pakai baju kurung...so mama kasi baju kurung yang lain. En.somi & ayah pegi ke masjid,mama tolong mak kat dapur..kemas rumah skit..then mandikan my princess. Suka betul dia pakai baju kurung,kalau bagi skirt ke dress ke..JANGAN HARAP dia nak pakai..dia sanggup pakai seluar tau. 



Dah siapkan dia...mama pun siapkan diri mama,tunggu ayah & en.somi balik dari solat..makan sama-sama tapi tunggu punya tunggu...tak sampai-sampai. Aihh...orang lain dah balik,kemana pulak pak dengan menantu ni. Tengok jam dah pukul 9.30....tak sampai-sampai lagi. Kebetulan surau kat rumah ayah tu ada buat korban jugak,2 ekor lembu tahun ni. Bawak my princess tengok lembu. Orang kata lembu..dia kata kambing...hahaha.

Time ni...my princess nak tengok depan-depan. Sampai dia berdiri depan kepala lembu tu. Aduhaii....yang mama ni seriau la kan. Ada pakcik tu cakap..`biar la dia tengok'.....kang lembu tu mengamok..pasal je. Masa mama sampai,lembu ni dah ditumbangkan,so cepat la sikit kejenya kan. Kejap-kejap mama panggil my princess ke belakang skit. Takot lembu tu bangun..hehehe

Ni lembu yang pertama yang akan dikorbankan. Ramai juga la yang menolong. Time ni dorang panggil senarai nama yang nak wakil korban.

Yang ni pulak lembu no.2...boleh tahan besar juga la. Dalam pukul 11 dah selesai sesi siang.Ayah mama dapat telor lembu...grrr..tak penah makan..tak leh telan woo...hahaha. Tulang-tulang lembu AJK surau buat sup. Sapa nak makan datang ambik jer. Dapat la merasa sup tulang....tak berani nak makan banyak-banyak. Mama ni kalau lembu ... kepala cepat je berat tapi kalau kambing....ok je pulak..hahaha..dah terbalik..ekekekekek. Then ayah ada bawa balik extra daging,katanya ada 12 bungkus lagi orang tak datang ambik. So mama ambik bawa balik sikit. Ambik part yang tak yah siang-siang dah sebab nanti nak tanam susah,maklum la tanah kat umah mama limited..hehehe.


video


video


Dalam pukul 2 lebih,mama berangkat pulang. Ada dapat jemputan hari jadi anak kawan en.somi di Taman Balakong Jaya,kawasan perumahan baru. Cantik jugak rumah kawan en.somi tu..jenis TOWN House..bawah rumah orang lain,atas rumah dia. Masa dia beli dalam RM163k....kalau famili ramai tak boleh la beli rumah ni sebab kecik juga la. Dah kenyang-kenyang makan,pukul 5 lebih berangkat pulang tapi tak pulang ke rumah pun. Ada agenda lain pulak..en.somi ajak ke Bangi,merayap ke al-ikhsan. 

Lepas bangi,terus ke C4 BTHO...cari barang dapur pulak. Beli itu ini...cari barang wajib dulu la kan..kang over bajet..hehehe. Kebetulan nak cari diapers my princess,mahal pulak pet-pet. Terus ke sen-sei...cari susu & diapers..nasib la murah skit. Mata dah layu ni....makan pulut banyak sangat kot..hahaha tapi tekak & perut masih lapar. Langsung ke Len seng..makan chicken chop. Tengok my princess pun macam tak larat je dah...hehehe. Sampai rumah..rehat then mandi,ajak my princess tido. Penat betul dia...urut-urut kaki...sapu minyak..lena dia tido.


Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha


~@~  Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua muslimin & muslimat. Hati-hati dijalan raya & Ingat orang yang tersayang. ~@~

Monday, November 15, 2010

Sukan Tertutup en.somi

Assalamualaikum semua
Selamat bekerja kembali di hari Isnin. Bosan kan...?? kalau isnin je,semua jadi blues...hahaha. Weekend lepas,hari sabtu...mama ikut en.somi Hari sukan SSM di Uniten Bangi. Seawal pukul 6 dah bangun sebab kena berkumpul di Uniten pukul 7 pagi. Maklum la acara sukan banyak,dengan cuaca yang tak menentu...so kena start awal & dapat habis awal. Mama kena kejut princess mama..kesian dia,nasib baik la mood dia ok masa kejut tu.
Matahari pun baru nak naik...masa ni dalam pukul 6.50..semangat nak bersukan ko..hahaha
Dah nak tinggi matahari .... cuaca pun panas hari sabtu kelmarin kan
Tengah berkumpul masa ni,untuk perbarisan. My somi punya nama kumpulan..`Gajah Duduk'...hahahaha. Nama yang sangat unik...begitu juga persembahan kumpulan mereka ni
Hahh...tengok gajah berdiri yer...ekekekek
En.somi dan groupnya
Hahh..tu dia..`Gajah Duduk'....eh bukan berdiri ke tu..hahahaha

My Princess yang tak melepaskan peluang untuk sama-sama bersukan
Dapat kawan....
Ni flag la mama..
Selepas perbarisan..en.somi ambik rehat kejap tapi my princess yang over penat..hahaha. Sapa yang bersukan sebenarnya ni yer...ekekekek
Tak reti duduk diam..ada je keje dia


Ni la team en.somi..yang girl tu kapten. Dalam satu team kena ada perempuan. Hebat woo dia main..sampai krem la kaki tapi semangat sukan punya pasal,sanggup teruskan.
Hahh...semangat kan..melopong tengok bola...hahaha
Dapat point....punya la suka..hehehe

Hahh...my somi masuk sukan Bola Tampar,dapat no.2 selepas berhempas pulas bermain dibawah matahari yang sangat terik. Sun-burn abis en.somi hari tu...same to my princess..Mama je MAINTAIN..hahaha.

Selepas penyampaian hadiah....kalah menang tu adat la kan,yang penting semangat kesukanan.

Hahh...group en.somi MENANG kontijen terbaik tau,bangga betul dorang..ekekekek

Churp Churp

Korang dah register ke churpchurp ni. Kalau sapa yang tak tahu,ChurpChurp ni macam nuffnang jugak. Boleh mendatangkan sumber pendapatan. Mama dapat tahu pun,kebetulan masuk blog eryn. Then terus register. Churpchurp ni bukan macam nuffnang yer. Mama explain apa yang mama paham,mula-mula memang agak pening jugak la. Churpchurp ni bukan macam nuffnang yang mane iklan keluar di blog kita. Macam mana nak jana pendapatan dari churpchurp ni yer?? Ok..macam ni korang. Once dah register,korang kena rajin la cek email korang sebab churpchurp akan hantar notify assignment yang perlu korang buat. Then dari situ,lepas dah buat assignment & assignment yang korang buat tu churpchurp approve, baru la korang akan dapat pendapatan.

1st thing yang korang kena buat dulu...pilih sama nak nak be churper or partner (advertiser). Kalau blogger mama suggestkan jadi Churper yer. Bila dah klik yang tu,just follow je step by step k.


2ndly,korang mesti ada akaun twitter & FB sebabnya kat situ la assignment yang korang buat akan dipaparkan. Lebih bagus aktifkan kedua-duanya.


Selepas dah agree dengan semua syarat-syarat tu,korang boleh pilih code yang mane satu korang nak letak dalam blog korang. Mark je kat circle tu then klik generate code,lepas tu paste kat HTML.


Yang ni mama pilih untuk letak dalam blog mama. Cute je bird churpchurp ni kan...color pun sweet & soft jer. Hahh satu lagi,kadang-kadang email dari churpchurp ni akan masuk spam,so korang kena cek sebelum korang delete semua spam tu.

So apa lagi,jangan tunggu-tunggu ok. Assignment yang diberi tu pun takde la susah mana sangat. Masa 1st nak buat tu..korang akan pening skit macam mama..hehehe. Kalau korang nak tahu macam mana nak buat assignment tu..korang boleh tengok MOHDZAID yer.

Friday, November 12, 2010

Umbrella for My Princess

Last week order payung untuk my princess. Kebetulan payung dia yang ada tu,kecik..muat-muat dia je. Kalau hujan pun kena tempias jugak tu. Ternampak payung cartoon princess...sangat la suka. Semalam dah sampai...saja tak nak bukak dulu. Surprisekan my princess. Lepas kerja,ambik my princess kat taska.

`Batisya...tengok tu'
`Apa ni mama'
`Batisya punya la...mama belikan,cuba bukak'
`ooo..batisya punya yer'


Sambil bukak tu..mulut dia bising gak la
`Apa ni mama'
`Bukak la dulu....'
...........................................(bukak wrapping)

`Waaaaaaaaaaaaaa....batisya punya ye mama,PRINCESS la mama'
`Batisya suka tak'
`sukaaaa'
`Cantik tak??'
`cantikk!'
`Cakap apa dengan mama'
`Tima kasih mama'
`Sama-sama'


Kebetulan semalam hujan,bukan main try test payung ni..hehehe. Suka betol dia dengan payung princess ni. Sampaikan dalam rumah pun dia bukak....hahahaha. Kalau korang nak beli,leh masuk fb...add Silverian Collection.