Friday, December 31, 2010

Siput Sedut

Dah lama tak makan siput sedut ni sebabnya payah nak dapat,kalau takde musim...jangan harap la kan. Harga sekilo boleh tahan gak la sekarang ni tapi masih harga mampu milik...kahhh. Dah berapa hari masak dari kedai jer,en.somi suruh masak hari ni..hehe. Bukan tak nak masak,tangan ni masih sakit lagi 2hari lepas...now dah ok skit la. Gagahkan jugak masak dengan penuh hemah & kesabaran.

Plan masak untuk semalam...lemak cili api,sayur kubis cina campur & ikan kembung goreng. Kebetulan kalau pagi² kat kedai runcit..macam² ada..& fresh. Tengok ada cili api..gemok bukan main lagi,kaler pun hijau pucuk pisang..sangat la menawan...hahaha..memang pedas melampau la cili macam ni. Masak lemak siput ni pun..letak 5biji jer tapi pedas menyinga...memang berasap la.



Biasa kalau cili api...kecik² jer..tapi yang ni...macam cili api thailand punya. Banyak jugak la mama beli..saja buat stok..hehehe sebab susah nak dapatkan. Dah macam buat koleksi buku pulak..hahaha.Buat nasi goreng kampung ni pun..sure berasap telinga..hehehe.

Monday, December 27, 2010

Special for Princess

Last week order this thing dari Nurul huda FB. Dah lama teringin nak beli tapi tak beli²..hehehe. Finally...dapat jugak akhirnya. Besarnya bungkusan dia..apa la agaknya yer

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Taraaaa.....ni la bendanya...Pakej Bestari Bacalah Anakku. Si yies pun ada belikan untuk anak dia,tu yang lagi melonjak² nak beli.


Dalam kotak ni...ada banyak la jugak buku². Try pasang untuk princess dengar...dia ikut jugak la & mudah jugak pembelajaran bacalah anakku ni..cuma kena rajin la...selalu praktikkan untuk anak.

Sunday, December 26, 2010

Menu menonton Piala Suzuki

Dinner ni masa bola 1st round at Bukit Jalil tapi me..kat rumah je la..hahaha. Just meehon goreng,spageti,ayam goreng kunyit & sandwich sardin.

Dinner express...tak ambik masa lama pun nak buat...sebab kejar masa..hahaha.

Saturday, December 25, 2010

Pusat Sains Negara & Lake Valley

Cuti Public holiday hari tu,ajak en.somi bawa princess jalan². Sebelum tu breakfast di BTHO,selalu juga pegi sana..makanan kat situ tastenya not bad ,harga masih maintain lagi & banyak pilihan. Lepas dah breakfast..dua² jem,pikir nak pergi mana. So mama senaraikan yang terlintas dalam fikiran. En.somi pilih Pusat Sains Negara.

Sampai sana,parking pulak penuh. Terus je la pusing² kat situ..cari port yang boleh parking..lagipun kat situ takde lot parking..so boleh parking sepah² asal tak blok kereta orang...hehehe. Kebetulan masa datang ni,banyak galeri yang masih dalam pembaikan. Galeri dino je boleh masuk...yang lain² ditutup. Akan datang akan ada kolam mandi untuk budak² macam kat Taman KLCC tu. Masa sampai sana tak berapa ramai orang,bila dah tenghari...sesak jugak walaupun banyak galeri tutup. Batisya steady je tengok dino tu tapi nak suruh pegang..dia tak nak sebab benda tu bergerak²..hahaha. Lagi satu...patotnya jangan la kasi suasana tu seram,gelap macam dalam gua. Banyak budak² yang takot nak masuk..ada yang menangis sebab sound effect dino tu..memang keliwon la bunyinya..tu yang budak² jadi takot. Tiket berharga RM10 seorang,ok la tak mahal tak murah.





video


Petang pulak,en.somi ajak ke c4 BTHO..cari barang dapur skit. Lepas tu..terus ke Lake Valley..port memberi ikan makan.


video


Tuesday, December 21, 2010

She is 3 Years

Lama betul tak update blog,ni gara² melayan drama korea..hahaha. Mood tu habis swing. Last week,b'day my princess .... 21 Dec..genap la dia 3 tahun. Kejap je masa berlalu. So takde plan apa pun,ajak en.somi cuti sama²...bawa princess round² KL. Tempat yang dituju, Time Square. Perghh....gile kentang,rasa JAKUN kejap tau. Dekat 4tahun la tak jejak situ...hahh...tu pasal macam JAKUN..hahaha. Sampaikan ingat jejantas didepan Times Square tu boleh cross Low Yat..rupanya ke Monorail...hahahaha. Minah kaunter tu dah tengok kitaorang...nak cover line,princess ajak naik tut-tut...hahaha.





Plan nak bawa ke Cosmo Game tu,betul ke erk..memang tak ingat dah. Bila dah round-round dalam tu,tengok ada kedai camera....langsung beli camera tu pun pergi cari kat low yat. Dapat yang murah pun jadi la kan. Asal leh ambik gambar....hahahaha. Sekarang kan YES...so harga berbaloi².

Tuesday, December 14, 2010

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Dapat info ni dari FB

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar @ dmana2..

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan
buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal
untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal
(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan,
kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang
dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Salam....

Monday, December 13, 2010

Evening Walk at Lake Valley

Petang semalam en.somi ajak ke taman di bandar tun hussein on,saja round-round dengan batisya. Last week baru belikan batisya basikal,so tu yang nak dia familiar dengan basikal tu. Sekarang ni belum reti nak kayuh sangat,hari-hari kayuh dalam rumah jer..hehehe. Ruang dalam rumah pun takde la besar pun so agak terhad la kan.


Dua beranak berdua-duaan...suruh batisya kayuh,dia tak nak...ayah dia pikul la basikal tu...hahahahaha

Merajuk sebab tak dapat layang-layang & bubble. Kat situ ada jual semua tu,sediakan duit jer.

Lagi satu tarikan kat taman ni,ada tasik ...dalam tasik tu ada banyakkkk ikan. Ikan kap,talapia,keli..tah apa lagi,tak kenal sangat ... hehehehe. Makanan ikan pun ada dijual,so boleh la sambil relaks tu melepak kat situ bagi ikan-ikan makan.

Ayahnya melayan batisya,beli 2 pack makanan ikan

video
Banyak kan.....geli pulak tengok banyak-banyak ni..dah la tu besar-besar! Disini dilarang memancing yer.

Sunday, December 12, 2010

Menu express for Gathering

Ahad - Family day dengan mommies di Sg Congkak. Dah lama plan gathering ni tapi masing-masing ada je aralnya,so tunda dari hari ke hari. Finalize 12.12.10 family day untuk geng mommies. Kali ni pun tak ramai,ada dalam 4 family & tambah-tambah ahli keluarga sendiri...nak memeriahkan gathering ni. Make time jugak la nak fikir menu apa,end up ... spageti keju cheese untuk anak-anak. Ye la anak-anak tak makan pedas sangat kan,so buat yang lite-lite je.



Resepi :
1 tin prego keju & hers
1 tin cendawan butang
300gm udang
300gm sotong
2 bungkus cendawan keju dengan cruotons

cara-cara:
panaskan prego keju & herbs bersama cendawan keju dengan cruotons,kemudian masukkan cendawan butang,sotong & udang..kacau rata,masukkan garam sedikit. If nak letak ayam pun boleh,mussel pun boleh..terpulang. Cara ni express...hehehe.

Sabtu tenghari semalam,round-round blog kawan-kawan. Masuk blog eryn,nak cari resepi cheese oreo tu tapi tak jumpa pulak,then terjumpa resepi muffin yang sangat mudah...Blueberry Muffin. Bahannya pun tak banyak,memang sangat suka kalau tak guna banyak bahan ni..hehehe(malas sebenarnya nak renyah-renyah kerja...hehehe). Sebelum balik,singgah kedai bakers shop belakang office beli tepung blueberry...1kg RM13.90.

1kg Tepung Blueberry

Dalam blog eryn,semua detail ada...korang boleh tengok kat SINI


Ni muffin versi Mama Batisya...hehehe. Agak-agak kalau jual macam ni,ada tak orang nak beli...hahahaha. Sampai muntah lava muffin mama ni...kenyang ko makan seketol.

Friday, December 10, 2010

Khidmat penjagaan ibu selepas bersalin

Assalamualaikum,
Kepada bakal ibu yang memerlukan khidmat penjagaan selepas bersalin boleh menghubungi saya seperti yang tertera di bawah. Perkhidmatan ini adalah perkhidmatan penjagaan ibu tinggal bersama dalam tempuh berpantang. Penjaga akan tinggal bersama dan melakukan semua kerja berkaitan. Perkhidmatan yang di sediakan adalah seperti berikut:

i) urutan selepas bersalin (3 hari)
ii) bertungku
iii) bertangas/sauna
iv) menyediakan air mandian dari daun-daun herba serta memandikan ibu
v) memandikan bayi
vi) memakaikan bengkung,pilis dan param pada ibu
vii) menyediakan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam
viii) menjaga bayi dan tugasan yang berkaitan.
viiii)cukur kepala bayi

Pakej yang di sediakan adalah Pakej Mutiara Harmoni (30 hari rawatan)

Bagi mengelakkan sebarang masalah tempahan awal perlu di lakukan ia itu 2 bulan sebelum tarikh di jangka bersalin.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi kak iefa di talian 017-4248021

Terima kasih.

note: dapat info ni email. maklumat lanjut,call direct akak tu
Sharing is caring

Demam panas

Hari ni dah start kembali bekerja setelah 2 hari EL. My princess high fever...temp 38-39. Semalam 9 dec is my anniversary,takde celebrate apa-apa pun sebab tak pikir,lebih memikir kesihatan anak. 21 Dec genap my princess 3tahun,ermm demam nak tukar tahun agaknya.

Pagi ni bawa ke klinik kita pulak bersama somi,hari ni en.somi take turn....en.somi EL hari ni...jaga my princess. Harap hari ni dah ok la.....risau demam panas ni. Walaupun demam,syukur batisya nak makan,main macam biasa cuma bila panas tu menyerang...dia mula la merengek,mama tak leh nak renggang. Doakan untuk my princess moga dia cepat sembuh...amin

Thursday, December 09, 2010

Last weekend

Sabtu kerja macam biasa,lepas kerja..balik rumah mil. Memang tiap-tiap sabtu my princess stay situ. Makan tenghari dulu...kasi kenyang perut..baru balik..hehehe. Kebetulan sabtu tu,en.somi kena standby sampai malam..so mintak izin en.somi nak merayap. Takde kemana pun,bawa batisya pergi JJ cheras selatan,saja bawa dia jalan-jalan sambil tu beli tiket wayang Rapunzel untuk tayangan hari ahad.



Happy je dapat naik horse ride ni...hehehe sambil pegang monkey dia tu. Memang ramai la manusia,kebetulan weekend..dengan YES lagi...mau tak ramai manusia. Kena la bawa harness..maklum la berdua kan. Masa berjalan dengan princess hari tu,ada pulak yang hilang anak. Terjerit-jerit akak ni mencari anak dia,dia dok ralit sangat memilih baju. Aihh...tu yang takmo tu kan,kalau tak bawa somi..better bawa somebody yang boleh layan budak-budak kecik ni or tinggal je kat rumah. Nasib baik jumpa balik budak tu tapi dapat sakit la..hehehe. Langsung mak dia hilang mood nak shopping...macam-macam.

Hari Ahad,tenghari tu pergi rumah adik ipar di Desa Tun Abdul Razak,dia buat b'day 1 tahun untuk anaknya. Menu meehon/mee/kueh tiaw sup,kuih muih,agar2...macam-macam la. Lepak-lepak sampai petang,terus berangkat balik...tukar baju kejap..terus ke JJ,wayang pukul 5 petang. Sambil tu window-window di JJ,hari tu ada beli mop di C4...scotch brite .. harga besar RM21.90..sekali masa bayar RM23. Hangin la jugak...tapi malas nak tunggu lama,bayar je la. Masa kat JJ..nampak mop ni..harga RM16.90!! Bengang betul!! Menyirap je tengok...tapi dah beli pun,so diam-diam je la..hehehe.

Monday, December 06, 2010

Die

Actually 2hari lepas,mama ada cakap dengan en.somi...rabbit ni nazak sebabnya dia berak cirit,tak nak makan. Masa bagitau nazak,en.somi leh gelak....ampeh tol. Sebelum tu...ada bagi dia makan carrot,mungkin carrot tu buat dia cirit kot. So en.somi bersih-bersihkan badan dia. Mama sapu minyak gamat,kot dia sakit perut...hehehe tapi dia still lemau jer,makan pun tak berapa sangat.
Petang semalam balik je rumah,tengok dah terbaring terkulai layu. Mama gegar la sangkar tu,kot dia tido ke kan...tak bangun-bangun jugak. Terus call en.somi...
`Yang..rabbit u dah mati la'
`Hahh..betul ke sayang?'
`ye la....dah keras tu hah,dah gegar sangkar tak bangun pun'
`Sayang tengok ada semut tak?'
`Takde yang. Habis macam mane tu? Sayang tak sanggup nak buat..geli la yang'
`Erm...takpe la kang balik orang buat'
Pendek umur rabbit ni..sian dia. Tak tahu sebab apa...masa mula-mula ok jer,aktif dari sibetina tu. Sekarang ni,sibetina tu yang gemok gedempol ko. Kalau lepas,wahh...sakan betul. En.somi nak cari kawan untuk betina tu. Aihh...cakap tak yah,nak jugak.Suka hati la...asal jangan suruh mama buat itu ini sudah la yer

Saturday, December 04, 2010

Ikan Bakar

Dinner malam tadi....ikan kembung bakar,sambalnya mama guna adabi punya,just perap & bakar...kerja yang sangat senang,tak sampai 5min...hehehe. Then sayur,buat lemak bayam merah & sotong goreng. Cari lauk menarik dekat giant,takde pulak. So masak simple je la.

Sejak menjak ni...malas je nak masak-masak. Esok pagi ahad ke pasar dirumah mil. Beli stok basah & kering sikit....kat sana stok basah menarik sikit...fresh lagi. Harga pun takde la mahal,takde la murah

Friday, December 03, 2010

Psttt....rezeki MJ

Amboii..apa MJ tu..kahhh. Rezeki sempena MJ (malam jumaat) Syukur alhamdulillah....walaupun belum setahun en.somi kerja ditempat baru,murah rezeki sangat. Dulu.....susah la nak dapat,dengan gaji yang kecil. Berkat bersabar.....akhirnya en.somi dapat kerja dengan badan berkanun. Balik dari kerja malam tadi,en.somi bukak sampul surat. Mama tahan je napsu nak berkata-kata ni...hehehe. Sekali en.somi bagi surat tu kat mama. Ya allah...syukur alhamdulillah yang,rezeki kita.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Pembayaran bonus diberi pada 3hb Dec....pagi tadi dah cek akaun,syukur dah masuk.

Spageti tanpa baju

Sibuk betul sekarang ni...dengan internet kat office baru nak ok,tak sempat sangat nak update blog. Kalau kat rumah tu,pc zaman jepun punya...slow sangat..hehehe. So better update kat office kan.

2 malam kelmarin....buat spageti untuk princess,dah bagi dia makan semangkuk..supaya dia duduk diam..senang mama nak buat kerja. Dah settle kerja rumah,baru boleh makan. Bawa la sepinggan spageti nak makan,tup-tup princess berebut dengan mama. Adehhh..saja je tau. Dia tengok dalam mangkuk dia dah nak habis,dia tengok mama punya banyak...dia konker semua. Aihh...sabar je la kan. Abis dia makan 2 mangkuk tu,so mama ambik yang lain jer la. Spageti ni makan petang yer...hehehe. Dinner makan nasik pulak,mama goreng telor...sekali dia sampai kat dapur...`mama buat apa?'...`goreng telor'..nak nasik! So mama goreng lagi sebijik telor...nasik untuk dia sepinggan,mama pun sepinggan.

Terkangkang anak dara mama...sambil tengok tv hahh..dengan tak berbaju

`Sedap la mama'...ayat bodek

Hahh...tengok la,2 mangkuk dia konker. Saje je tau dengki dengan mama

Nasib baik la habis...tapi takde la licin berkilat tapi kalau sup,dia hirup sampai ke pinggan...hahahaha

Wednesday, December 01, 2010

Ronda-ronda

Ahad lepas,attend kenduri kahwin di Kg pandan. Konon-konon lepas pergi kenduri,nak pergi tengok wayang dah tu tak jadi...nak ke MAHA. Sampai serdang sana,masya allahhhh...beribu kereta parking kiri kanan jalan. Sesak la sangat-sangat kat situ,langsung tak boleh nak masuk. Terus ke alamanda..ronda-ronda putrajaya.

Mama yang gedik..hehehe..my princess..layannnn

Rabbit in the house

Misi mencari arnab telah pun berjaya. Kejadian sabtu lepas,ex-officemate call..katanya di MAHA ada jual rabbit. Sedikit info dikongsi....seekor RM40 kalau 2ekor RM70..campur bersama sangkar RM150. Mahal juga yer. Si ain (off-mate) inform..di semenyih ada jual. Baru teringat,di semenyih ada Rabbit Farm Land. Dengan segera sms en.somi inform this info.

Lepas kerja,rehat-rehat kejap dirumah mil...terus ke semenyih. Misi pertama ke rabbit farm land,sampai sana je..dorang tutup sebab ke MAHA..open on sunday. Ermm...terus ke pekan semenyih,mencari pet shop pulak. Survey disekitar...tapi en.somi macam tak puas hati je sebab sepasang dengan sangkar RM50+45..around RM95. So tak jadi beli kat shop tu,singgah rumah ayah. Rehat-rehat disana pulak.

Sembang-sembang dengan ayah....round pekan nak cari rabbit untuk batisya. Sambil tu en.somi melayan princess diluar. Dirumah ayah mama pun,ada jugak haiwan belaan. Actually adik yang no.6 la,dia beli burung merbok kot...tak ingat pulak jenis burung ni..hehehe. Dia beli dalam 4 ekor ... semua gemok-gemok hasil mum yang jaga. Adik tu balik sebulan 2,3kali...menjengah burung-burung dia.

Then hari tu,mum terjumpa ayam hutan...injured,maybe kena gigit anjing kot. So mum tangkap la,kesian...macam dah nak mati masa tu. My mum letak minyak gamat,hari-hari sapu. Sekarang ni..syukur alhamdulillah..dah sihat ayam tu. Dah bertelor 5kali my mum cakap. Masa dia injured tu la,ayah beli sangkar untuk ayam ni. Bila dah bertelor,my mum asyik ambik je,so dia merajuk...bertelor kat tempat lain..hehehe. Sangkar pun terbiar macam tu jer. En.somi berbisik dengan mama...`pakai tak sangkar ni'..eh tanya ni mesti ada makna ni kan...pandai betul en.somi ni. So mama pun bertanya la pada ayah,nak sangkar ni boleh tak. Nanti dah tak nak bela rabbit ni,kitaorang kasi balik la..hehehe.Terus misi mencari rabbit di pekan,dapat la 2ekor RM45...dengan makanan,vitamin,bekas air..semua RM65

Makanan -rabbit tak berapa suka la makanan dia ni,tak tahu kenapa. Agaknya boring dah kot..hehe. En.somi bagi juga carrot. 

Hahh...ni la sangkar yang telah dicilok..kehkehkeh

Wahh..seronok korang yer dapat berlari-lari

sekor kaler kelabu,sekor lagi kaler putih oren.

Mama ni bukanlah 100% pecinta haiwan,certain haiwan agak geli such as kucing,rabbit...etc. Nak pegang haiwan-haiwan ni...aduhai...geli gelemen dengan badan dorang yang lembik ni..hehehe. Satu lagi,bau najis dia...masya allah!busuk walaupun makan sayur-sayur jer.Kalau dah makin besar,rasanya transfer ke semenyih la kot...hehehe

Dulu masa duduk sting garden,my mum rajin bela arnab,kucing,ayam. Ada sekali tu,bela arnab..berkembang biak sampai buat rendang masa raya la. Sekali arnab ni beranak,berpuluh ekor...eeeee..gelinya la sebab anak dia macam anak tikus...grrrrr..tak sanggup nak tengok. My mum la yang dah biasa dengan haiwan-haiwan ni.

My princess?? Dia juga geli nak pegang..tapi bila sampai rumah je,belom bukak pintu lagi ni..`rabbit...rabbittt...dah susu ker'..kahhhhh