Tuesday, April 26, 2011

Jemputan ke sukaneka tahunan

Semalam ambik kakak,pergi rumah pengasuh kakak a.k.a ibu coz dia baru bersalin 4th baby,baby boy 3.8kg. Seeronoknya tengok baby ni,kakak pun excited dengan baby ni. Masa nak balik,dia suruh bawa balik baby tu. Alahai...bukan baby mama la sayang,baby orang tu..sampai merajuk la dia. Pujuk-pujuk...nasib la dia makan pujuk. 

Balik rumah,kemas² & cek beg sekolah kakak. Bawa keluar baju yang dah kotor,cek beg sekolah dia sekali. Tengok ada surat & envelope. Mama pun bukak envelope,ada jemputan ke sukan kakak sabtu ni. Yang mama nak tergelak....ada pulak acara untuk ibu bapa. Cikgu dah siap² tulis pulak tu,acara apa yang perlu masuk. Hahh...acara apa?? KETAM JALAN SENGET! hahahaha..tah macam mane la ye gayanya. Tunggu je la sabtu ni.
 

 
See...ada sekali no cabutan bertuah.

Tergelak besar mama tengok acara tu. Boleh ke mama & hubby masuk ni erk..hahahaha

No comments: