Tuesday, April 19, 2011

Kakak tak sihat

Pembuka minggu yang baru,mama mulakan cerita tentang kakak ye.
Since rabu 6 Apr,kakak demam & batok. Memang really worried la even dia just demam & batok.Rabu & khamis hubby cuti,masa ni demam dia tak terok pun..just dedar² jer. Bila hari jumaat subuh,tengah malam badan dia panas. Same goes to next day,mama bawa pulak pegi hi-tea.Hari ahad pulak balik kampung..ada kenduri kahwin. Hari isnin tu demam balik,then mama pegi klinik untuk kali ke-2. Yang worst...batok dia,demam time malam je. So mama EL 2hari,ingat rabu tu dia dah ok. Bila kul 3 pagi,dia demam balik. So bawa ke hukm untuk blood test,mula² fikir nak bawa ke klinik kita tapi fikir balik kalau kena pegi hospital..dah kena ambik darah lagi kan. Mama fikir better pergi HUKM je.

Pukul 10 baru keluar sebab kakak tido lagi...register semua,tunggu turn dipanggil. Nurse cakap perlu ambik darah,so mama cakap dengan kakak. Dia pun diam je,tah dia faham tidak...mama tak sure la. Then nurse ambik cucuk line tu,ingat dia menangis ke apa..tapi rileks je. Lega jugak,takot dia terkejut ke apa kan. Kebal anak mama ni..hahaha. Lepas dah ambik darah,tunggu pulak turn untuk jumpa doc. Standard la kan kalau dah public klinik ni,sure akan ambik masa yang lama skit. Ada gak time dia buat pe-el tapi layan je la kan.

Nasib tunggu doc panggil tak lama tapi settle semua dalam pukul 2 jugak la..hehehe. Doc cakap ujian menunjukkan ada jangkitan bakteria,so doc bagi ubat demam & batok dan continue makan antibiotik yang klinik bagi. Ubat demam yang hukm bagi,kuat betul dos nya. 4x sehari ~ 10ml,panadol ni 125mg pulak tu. Mama bagi 2/3 kali jer sebab bila lepas bagi tu,dalam masa sejam demam dia dah cool. 


Sampai hari sabtu 16hb,batok dia tak off lagi tapi demam dah fully recover. Baru teringat,bawa paed kat len seng,mama boleh terlupa klinik dr.khoo tu. Kalau tau,better pegi sini je kan. So sabtu tu,buat appointment. Jumpa dr.khoo...dia kata tekak masih bengkak. So dia bagi ubat drip tekak masa tu jugak. Ada 5 ubat...antibiotik.ubat flu,cough,ubat hisap & vit.booster total RM79. Dr.khoo cakap lepas bagi makan ni,dia akan batok yang kuat,kahak tu akan keluar tapi kalau dia tak buang pun takpe sebab masuk dalam perut then cair kuar as najis. 

Malam tu lepas bagi ubat,dia batok² kuat..muntah 2 kali tapi malam tu dia tido lena! Syukur..lega sangat dia tido nyenyak. Now batok dia dah agak berkurangan & still continue ubat dari paed tu. Hope kakak akan fully recover.Sekarang ni dah macam-macam perangainya,dah pandai melawan pulak tu. Mama memang sediakan rotan kat rumah,agak dia melampau..harus dirotan. Even kecik lagi..harus diajar,kalau dah besar baru nak ajar...takot terlambat je nanti kan.

1 comment:

A.I said...

risau bila anak sakit kan susu? rasa cam biarlah sakit tu bg kat kita! huhuhu