Wednesday, May 11, 2011

Apam Balik & Nasik lemak

Weekend kelmarin,mama balik semenyih. Tido rumah ayahanda mama.Sabtu malam tu ada pasar malam kat pekan semenyih. So follow ayahanda mama,kebetulan tekak ni nak makan ikan jenahak..so gagahkan diri ke pasar. Cari-cari punya cari,dapat gak kepala jenahak. Mama beli 2 ketol & isi 3 ketol,total RM27. Mama buat masak kari mamak jer. 

Kat pasar malam ni,ada jual apam balik special. Mak mama pesan apam balik special. Tak pernah lagi tengok yang special sangat. Ayah mama oder yang special coklat,ada orang lain oder special pisang. Macam-macam perasa la ada,harga pun murah je. Sedap sangat apam balik ni,lembut & takde la manis sangat. 





Pagi Ahad,mama hantar adik mama kerja. Balik tu singgah pasar pagi di pekan. Plan nak cari udang galah tapi hampa,yang ada ketam sebesar 2 tapak tangan! Kecur air liur mama tengok ketam tu,fikir nak masak kepala jenahak...takde la mama beli ketam...tengok je la. Beli paper terus balik rumah,dalam fikiran dok fikir..nak sarapan apa la ni. Kebetulan hari tu,member opis belikan sarapan nasik lemak dari rumah dia. Member office ni pun duduk semenyih. Dia cakap makcik yang jual nasik lemak ni sangat pemurah & tak berkira. 

Nasi lemak yang makcik tu jual RM1 ~ dalam nasi ada sambal,ikan bilis,kacang,timun & telor dadar. Betul murah! Tak pernah lagi la dapat nasi lemak gini,ada pun sure harga RM1 lebih kan. So mama pun tawakal je la pergi beli sarapan kat kawasan perumahan member office tu. Rezeki mama,dapat jumpa makcik tu. Mama beli 5 bungkus!...hehehe..lepas geram punya pasal. 


Sangat sedap! Tak lemak sangat..so so jer. Terliur pulak tengok nasi lemak ni

No comments: