Thursday, May 26, 2011

Langkawi with Love ~ part 1

Hai semua,setelah bercuti-cuti malaysia selama 4hari..hari ni mama dah start kerja. Banyak kerja sedang menanti. Percutiaan yang menyeronokkan buat mama & family. Cuaca kat sana boleh dikatakan panas bahang. Untuk yang nak bawa anak kecik,mama suggestkan bawa ubat untuk standby. Incase demam ke selsema ke kan. Flight mama patot 7.45pm 22 May tapi delay 2 jam! Tension! Nasib baik la mama stay kat rumah rehat Mara under kakak mama. Kalau hotel,memang rugi abis la kan. Adik mama naik flight lain,patot 9.15pm tapi 10.25pm. Sampai kat airport Langkawi dalam pukul 11 lebih,then tunggu adik mama dalam 11.30pm.

Masa menunggu adik mama,penyewa-penyewa kereta ramai tengah menunggu. Ada tu nak bagi Mitsubishi Grandis RM320 untuk 3 hari. Memang murah gile tapi dia bagi malam tu jer promo. Hubby pulak tak cakap dengan mama,kalau cakap sure la mama suruh ambik jer! Aihh...melepas dah. Dari airport,mama ambik Teksi jer...sebab dah tengah malam caj RM45,patot RM48 tapi mama mintak kurang skit.

Sampai Plaza Langkawi,terus check-in. Dah la perut keroncong,nak berjalan malam-malam ni....dengan penatnya semua cukup la. So lepas dah naik bilik,hubby pergi tapau. Pelik-pelik betul masakan kat sana. Korang kena pandai cari kedai makan,kalau tengok menu yang pelik² tu,kebanyakkannya orang burma yang masak. Memang tak kena dengan taste we all la.

Hari pertama- We all jalan² di Kuah dulu. Round semua row kedai sampai kaki rasa nak tercabut la...hahahaha. Survey harga coklat,pinggan mangkuk & etc. Dah tengahari,masa untuk makan. Kalau korang nak makan tengahari,mama suggestkan makan kat Medan Selera Padang Matsirat tapi kena datang pukul 3 keatas. Harga sangat berbaloi,mama makan seramai 6orang dewasa 3 kanak²,harga dalam RM27. Murah sangat kan. Lepas tu terus ke Beras terbakar.  Malam dinner,tanya laksa mana yang sedap. Orang kat situ suggestkan Laksa Penarak, memang marveles laksa penarak ni. Berdekatan dengan jetty,tak susah pun nak cari sebab nampak tepi jalan jer. Mama suggestkan makan yang kuah² kat Restoran Penarak ni,kalau order nasi..memang tak kena taste. Adik mama order nasi goreng USA tapi nasi goreng USA kat sini dalam nasi ada sotong & udang. Memang tak boleh blah! hahahaha

Hari kedua - Destinasi seterusnya ke Makam Mahsuri - tiket seorang RM5 dewasa,kanak² bawah 5tahun free. Nak tengok rumah orang dulu² boleh la datang sini. Nak kaji sejarah Mahsuri pun semua ada kat sini. Lepas Makam Mahsuri,we all ke WildLife Park. Harga tiket RM12 untuk mykad,kanak² atas 4 tahun RM8. Prefer masuk sini untuk anak²,memang dorang akan enjoy. Hari ke-2 we all makan kat Padang Matsirat juga tapi kedai ikan bakar. Harga kat sini boleh la masih reasonable ~ RM45.  Dinner pulak makan kat kedai biasa berdekatan dengan Lobster restaurant. Mama suggest you all makan kat sini. Memang kena taste abis! Mama order siakap 3 rasa,kailan ikan masin,tomyam,telor dadar & air buah untuk 4 orang + 3 budak²,semua masak untuk 2 orang total RM67.

Hari ke-3 - jalan-jalan ke jetty jer,then ke pekan kuah. Harus balik cepat sebab nak pack barang². HIG mama pergi, Idaman Suri mama pegi & Saga pun mama pergi. Harga untuk pinggan mangkuk,semua lebih kurang jer tapi Idaman suri lebih banyak pilihan. Untuk coklat,better pergi HIG yang baru bukak diKuah,memang banyak pilihan.  Make sure you all ambik luggage yang besar,at least 40kg++. Mama ambik 30kg jer,bila balik kena extra luggage..so kena bayar extra caj.

Kali ni tak sempat nak ke cable car & pantai chenang. Untuk cable car harus u all pergi kecuali hari rabu adalah maintenance day. Untuk pantai chenang,u all pegi waktu malam..lebih happening. Satu lagi lokasi terbaru adalah downtown,located at Kuah. Banyak lagi lokasi lain yang menarik harus kawan-kawan pergi. Better ambik map masa sampai di Airport Langkawi. Kalau ada kawan-kawan nak contact kereta sewa,boleh bagitau mama k. Kebetulan mama dapat harga yang murah,3-4 tempat mama tanya untuk avanza RM150 sehari tapi dengan orang ni RM100,yang bestnya we all sewa untuk 3 hari adalah RM200. Mama dapat contact ni pun dari kawan kakak mama yang duduk sana. Kalau ada yang nak,boleh email mama k, saveme_zero@yahoo.com

Next photo pulak,tungguu



1 comment:

Bibu said...

pjg karangan hehehe..x sabar aku nak bwk budak2 ni