Thursday, May 05, 2011

My busukkk..

Semalam lepas tengok csi ulangan,mata pun dah mengantok. Nak menunggu hubby,dah tak larat pulak mata ni. So ajak kakak tido tapi ada je permintaan dia. Nak itu la ini la,sebelum nak tido..kena kemas sinki bagi clear. Masa tengah kemas sinki,basuh apa yang patot..mama pusing tengok peti ais terbukak,sekali si kakak dok dalam tu. `Mama..nak ni'. Dah pukul 11,nak makan lagi hahh. Sambil kakak hulur buah oren. 

Mama kopek kulit,potong sehiris bagi dia..letak dalam mangkuk,dia pun kedepan. Sekali...`mama nak lagi'. Mama potong,kopek kulit..letak dalam mangkuk besar..dia ambik semangkuk masuk dalam bilik..hahahaha. Macam-macam tau kakak ni sekarang.





Dah abis makan,mama suruh letak mangkuk kat dapur & wash hand. Mama dah tutup lampu hall tapi lampu dapur mama bukak,kot dia tak berani tapi steady je. Tau-tau masuk bilik...`mama dah'. Ok..jom tido!hahahaha. Sebelum nak tido,tanya mana ayah dia. Ayah keje la kakak,malam tadi pukul 12.30 baru hubby balik. Pagi ni kejut kakak,mama cakap ayah dah balik. Terus celik mata..menyengih jer. 

Hari ni pun hubby balik lewat...around 12 lebih jugak katanya. Hari ni mama nak pergi mengurut & bersauna. Nanti esok mama cerita erk. Sekarang ni mama plan 2nd baby. Doakan la moga ada rezeki mama yer,moga-moga murah rezeki kami sekeluarga. Hati dah tak tahan sangat nak menambah,syukur hubby dah terbuka hati..aminnn

2 comments:

Amiizaa2001 said...

bestnya gie saunaaa.....:) nak itut hehehehh

saveme_zero said...

kmiza...jom!