Friday, May 06, 2011

Sauna & massage

Morning semua,salam jumaat. Kejap je dah jumaat kan,lusa dah hari IBU. Apa planning u all semua sempena hari IBU ni. Mama takde planning apa-apa pun coz hubby outstation start esok sabtu,ke Terangganu..ada sukan tahunan. Hubby masuk acara futsal,kata hubby kalau kalah balik...hehehe tapi kalau menang..kena tunggu sampai 14hb. Seminggu jugak la hubby akan outstation. Esok lepas subuh hubby akan bertolak.

Pagi ni hubby pegi awal juga,coz ada orang call...access card jem pulak. Macam-macam hal je. Malam tadi kakak tido lewat,menunggu la ayah dia. Dalam kul 11 lebih tu,baring-baring dalam bilik....langsung kakak terlelap. Lebih kurang pukul 12,hubby balik...si kakak dengar je motor ayah dia...berderu bangun turun katil. Memang anak ayah betul! Tido pun...suruh ayah dia tidokan,mama tolak tepi. Tapi pagi ni...mama kejut la kakak,selalu tiap-tiap pagi dia akan salam & cium hubby..cuma pagi ni,kakak tak terbangun sebab malam tadi tido lewat sangat. Bila ayah dia dah pegi,bangun je terus menangis macam kena pukul...sedih bebenor! Langsung dia bad mood pagi ni,tak nak pergi sekolah..nak pergi rumah angah(kakak mama).Jam dah menunjukkan pukul 8.30,pujuk punya pujuk...baru lah nak ke sekolah tapi nak mandi kat sekolah. Mama ikutkan je la,kalau tak hari ni...mama EL. Agaknya dia buat perangai sebab ayah dia nak outstation kot. Kalau boleh ikut,memang mama ikut!

Ehh...citer apa sebenarnya ni...hahaha. Nak citer pasal mengurut sebenarnya tapi ke laut pulak...hehehe,takpe la ek...sekali harung. Petang rabu,mama pergi rumah kak nah (akak yang mengurut),mintak no tel dia sebab kena buat appointment dulu kan. Rabu tu dah fully book,khamis kosong pukul 3 & 5,so mama ambik pukul 5. Lepas kerja semalam,terus mama pergi rumah kak nah tu. Sampai jer,terus siap apa yang patot...untuk bersauna. Perghh...memang best gile! berpeloh sakan! Lama betul tak berpeloh macam tu. Lepas 20min sauna,baru la mengurut. Yang bestnya kak nah ni...dia akan explain semua urat-urat kat badan kita. Style kak nah mengurut ni,more on reflexiology(betul ke eja erk) ..ala ala terapi jugak la. Semalam lebih kurang 2jam la,abis semua kak nah urut,memang menjerit sakan la mama. Kak nah kata...urat mama banyak dah bengkak.

Kalau korang urut sendiri,tiba-tiba macam ada ketol-ketol kat urat tu...tu angin. Lepas kak nah dah betulkan urat tu,memang lega abis la. Rasa ringan sangat badan ni. Memang berbeza sangat-sangat cara kak nah ni urut. Segala urat yang berketol dek angin ni,memang abis la kak nah betulkan. Nak citer banyak kat sini,ada yang agak sensored!...hehehe. Tapi kaum wanita paham-paham je la yer,macam mane sensored yang mama maksudkan. Semua dia kasi UP balik,memang terasa la tegang satu badan...hahahaha. Satu lagi..kalau ibu mengandung pun boleh berurut dengan kak nah ni. Urutan untuk ibu mengandung,tak sama dengan urutan biasa tu. Satu lagi kan..dengan kak nah ni,kalau bersalin normal..urutan lain,kalau c-zer pun lain.

Minggu depan khamis 2nd massage,then sebulan sekali dinasihatkan. Some more,banyak jugak petua yang kak nah bagi. Antaranya..jangan makan tom yam,semua tu banyak asid nitrik,nak makan boleh tapi jangan selalu. Segala jenis mangga/mempelam,buah oren,anggur...jangan selalu makan. Tak elok orang perempuan makan. Banyak lagi la...kalau korang nak merasa urutan kak nah ni,boleh la call dia untuk buat appointment. Oh yer,rumah dia di kawasan perumahan polis Taman Desa Baiduri. Ni no  
kak nah.... 012 227 5916

No comments: