Friday, June 24, 2011

I'm leaving

Wahh..tajuk tak boleh blah..hehehe.Lama tak update,ni gara² kecoh pasal nak hack blog. Takot la jugak kan,dibuatnya betul kena hack..nangis takde lagu nti. Banyak story sebenarnya tapi cable hp tertinggal kat rumah pulak. Citer bergambar nanti la mama update yer. Kita mulakan dengan cerita terkini dari mama. 

Bulan ni merupakan bulan terakhir mama kerja kat syarikat ni...sebak dah ni. Mama minta notis 2 minggu awal. Dah hampir 10tahun mama kerja sini. Mula dari saat mama bujang,sampai kahwin then beranak pulak. Mama join company ni masa umur mama 23tahun,sweet young teen masa tu..hahaha. Sebelum² mama selalu cerita mama nak cari kerja 5hari je seminggu. Kebetulan kawan mama ada advertise kerja kosong so mama pun try la luck. 

Hari yang sama,mama dipanggil interview. So mama arrange la hari sabtu. Berdebar² juga sebab dah lama tak kena interview...hehehe. Tup² bos situ email suruh datang hari rabu sebab dia + big bos + partner nak interview lagi. So mama take a break pagi tu,dia kata by friday akan bagitau. Tunggu punya tunggu,ingat dah takde harapan...petang jumaat tu dalam pukul 4 lebih..partner bos call bagitau mama dapat job tu. Ingat dah takde rezeki...sebab dah takde letak harapan apa². Sayang juga nak tinggalkan tempat sekarang ni tapi dah dapat peluang takkan nak tolak pulak kan. 

Finally,mama buat keputusan setelah dikira dari banyak segi &dapat keizinan hubby...mama kuatkan hati nak cuba tempat baru. Kat tempat baru nanti..mama dah tak buat lukis² pelan ni. Memang lari dari landasan dah...hahahaha. Memang mama nak cari kerja lain,dah tak nak buat drawing...sangat penat!! 

Moga kerja yang mama pilih ni,sesuai dengan jiwa mama..insya allah. Kawan² doakan yer.

5 comments:

irma said...

congrats sue.....insyaAllah...semua nya berjalan lancar..

el said...

gud luck bebeh :)

fazilzura said...

good luck kak .. akhir nye akak trima jua tawaran itu

MUMMY ILA said...

selamat bekerja di tempat baru

ayien78 said...

good luck sue... mmg kalau di pikir2kan mcm sedih nk tinggalkan tpt kita mula2 keje...aku pun sama... ni tgh conbfuse nk g ke tk nk..hati masih syg kan rimau ni tapi career harus berkembang....huhu