Wednesday, June 08, 2011

Rumah mak abah kawan kena rompak

Assalamualaikum semua,

Semalam kawan mama,ira ada update status difb dia mengatakan rumah mak abah dia kena rompak. Sangat terkejut dengan berita tersebut. Memang cilaka perompak² tu! Kawan mama ni ada mintak tolong,kalau ternampak kereta Viva PHK 3653 tolong beri maklumat segera...dipercayai kereta telah dilarikan ke negeri berdekatan, Perak @ Penang.

KULIM: Sekumpulan empat lelaki yang merompak sebuah rumah sempat mengarahkan seorang wanita warga emas menjunjung al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak menyimpan barang berharga lain ketika mereka mahu melarikan diri selepas melakukan samun di Taman Seluang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun dan suaminya yang juga pesara guru berusia 65 tahun kerugian kira-kira RM43,000 apabila penjenayah terbabit melarikan barang kemas serta kereta Perodua Viva berwarna hijau muda bernombor pendaftaran PHK 3653.

Berita lanjut baca disini Harian Metro

Kedua-dua orang tua kawan mama masih dalam trauma & ketakutan. Moga mereka dilindungi.

2 comments:

fazilzura said...

aduhai menakutkan ..
sib baik le fmily xdak apa2

iera_ayen said...

Sue~tima kasih byk2 atas keprihatinan ko pada aku & family... sokongan ko dan kawan2 len buat aku kuat utk tunjuk pada mak abah aku gak...Hanya Allah yg dpt membalasnya...Amin