Tuesday, January 25, 2011

My homework

Sekarang ni, setiap hari..cikgu akan beri homework untuk princess buat. Last week A besar & a kecik..kali ni jawi pulak. So far...princess takde la ngelat nak buat homework..hehehe. Kalau hantar pagi-pagi,me..stay kejap tengok dia main² sampai cikgu suruh beratur sebabnya dia main playground kat situ macam umur 6tahun. Scary okeh,even cikgu ada 6 orang kat situ..tapi takot terlepas pandang jer.


Kadang-kadang tulis tangan kanan,kadang-kadang tulis tangan kiri. Tak kisah la nak..asalkan rajin belajar yer

video

Monday, January 24, 2011

I'm back but....

Hai semua! Ada yang rindu pada saya tak?? ngeh³!Lama betul tak update,biasa lah..mood agak swing..dengan kesibukan kerja lagi. Minggu yang lalu,saya sibuk dengan drama korea..so waktu agak padat untuk update blog..hehehe. Sibuk menonton drama rupanya yer. Ok...yang dah basi tu,biarkan berlalu.

Sabtu kelmarin,saya menghantar suami saya ke office. Ermm...suami saya menjalani kursus induksi di Trolak selama 10hari. Ini adalah pertama kali kami berjauhan,tak pernah lagi la sebelum-sebelum ni. Saya cuba menguatkan mental & fizikal....hehehe.

Cuba nak melekatkan diri pada ayahnya

Masa semua orang dah sibuk nak naik bas...masa ni la dia dah mula o ek...o ek. 'Nak naik bas'. Dia ingat nak pergi dekat jer..tu yang nak ikut sekali.

Ayahnya cuba memujuk lagi....hehehe. Dia nak naik jugak..at the end,ayah dia bawa naik atas bas jugak. Dah dapat naik tu...dah tak kisah pun. Nak naik tut-tut pulak...ekekekekek. Nanti mama bawa yer

Hahhh....tengok! melekat dengan ayahnya

Untuk tatapan suami tercinta..hehehe. Kita suruh dia tengok kamera,dia sibuk tengok tut-tut

Us!

Tuesday, January 11, 2011

Facebook Akan ditutup 15 Mac 2011 - rumors!! FB Not ShutDown





PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam. Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak." "Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya. Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?" Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti. Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut. "Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini. Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik." MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg. Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang. "Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi. Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut. Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

Thursday, January 06, 2011

Bebaskan Anak Anda Daripada Ancaman Cacing

Bebaskan Anak Anda Daripada Ancaman Cacing
Oleh Dr Selvakumar Sivapunniam, Pakar Perunding Pediatrik

Jangkitan cacing adalah masalah biasa, terutama sekali di kalangan kanak-kanak kecil. Mereka mudah dijangkiti cacing kerana tabiat gemar memasukkan benda ke dalam mulut dan tidak membasuh tangan. Sungguhpun jangkitan cacing gelang, komplikasi seperti kekurangan zat makanan dan gangguan usus boleh berlaku jika dibiarkan dan tidak dirawat

Terdapat beberapa jenis cacing yang berlainan dalam perut manusia seperti cacing gelang, cacing kerawit dan cacing pita. Cacing parasit yang paling biasa terdapat dalam perut ialah cacing peniti, juga dikenali sebagai cacing benang. Ia sangat kecil, panjang lebih kurang 2-13mm, halus dan berwarna putih. Walaupun cacing benang boleh memasuki usus sesiapa sahaja, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Kitaran Hidup
Apabila seorang kanak-kanak dijangkiti cacing benang, cacing betina akan keluar pada waktu malam untuk bertelur di keliling dubur. Jika kanak-kanak menggaru dubur, telur pindah ke tangan dan celah kuku jari, seterusnya ke objek lain yang disentuh seperti makanan dan berus gigi. Telur cacing, yang boleh hidup sehingga dua minggu, akan ditelan apabila orang lain memasukkan objek yang dicemari telur cacing ke dalam mulut mereka. Telur ini masuk ke dalam badan dan menetas dalam usus, seterusnya memulakan kitaran hidup sekali lagi.

Adakah Anak Anda Dijangkiti Cacing?
Jangkitan cacing benang agak sukar untuk dikenal pasti. Perhatikan tanda dan gejala berikut:
  • Kegatalan dubur, dan juga vagina di kalangan kanak-kanak perempuan, terutama sekali pada waktu malam.
  • Cacing dewasa kadang kala boleh dilihat dalam najis – halus, putih, seperti benang kapas.
  • Cacing keluar ke sekeliling dubur selepas anak tidur.
  • Kurang selera makan, gelisah dan rengsa.
Memudaratkan atau Tidak?
Cacing benang biasanya tidak memudaratkan, tetapi sering menyebabkan kegatalan dan rasa tidak selesa di keliling dubur. Tetapi jika dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi selanjutnya. Sebagai parasit, cacing menyukarkan badan untuk menyerap nutrien penting, yang boleh menimbulkan masalah perkembangan kognitif dan fizikal, kekurangan vitamin A dan zat besi, anemia dan masalah malnutrisi lain. Jangkitan teruk boleh menyebabkan sakit abdomen manakala anak gadis pula boleh mengalami lelehan vagina dan masalah membuang air kecil sekiranya cacing bertelur dalam vagina atau salur kencing mereka.

Diagnosis dan Rawatan
Cacing benang biasanya boleh dikesan melalui “ujian pita”. Sepotong pita jernih ditekap pada kulit keliling dubur untuk mengutip telur dan diperiksa di bawah mikroskop. Semua anggota keluarga perlu dirawat, tidak kira sama ada mereka dijangkiti atau tidak, untuk mengelakkan jangkitan. Ubat seperti pil Mebendazole yang boleh kunyah perlu diambil untuk membunuh cacing dalam usus. Ini disusuli dengan langkah menjaga kebersihan untuk mencegah jangkitan dan jangkitan semula.

Menjauhkan daripada Cacing …
Mencegah jangkitan daripada merebak memerlukan beberapa langkah mudah dan amalan menjaga kebersihan.
  • Basuh semua baju tidur, seluar dalam serta cadar, selimut dan sarung bantal selepas rawatan.
  • Pastikan anak anda membasuh tangan mereka sebelum makan dan selepas menggunakan tandas.
  • Pastikan kuku mereka sentiasa pendek.
  • Tegah mereka daripada menggigit kuku dan menggaru keliling dubur.
  • Pastikan mereka memakai seluar dalam yang bersih setiap hari.
  • Mandikan mereka setiap pagi untuk mengurangkan pencemaran telur.
Jangan Berkaki Ayam!

Cacing daripada tanah seperti cacing kerawit boleh dipindah kepada manusia apabila tanah dicemari najis yang dihurung telur parasit. Biasanya, di kawasan yang tidak mempunyai sistem tandas yang betul, jangkitan merebak melalui mulut (air atau hasil tanaman tercemar), tangan kotor dan tembusan melalui kulit (berkaki ayam). Ia menyebabkan loya, kelesuan dan kehilangan selera makan. Oleh sebab cacing ini ‘mencuri’ nutrien yang diperlukan oleh badan kita, ia mesti dirawat untuk mencegah kekurangan zat makanan dan anemia.


Wednesday, January 05, 2011

Today her 1st day to School

Hari ni...batisya dah start sekolah. Actually tak plan pun nak hantar. Selalu kalau keluar,memang akan lalu Tadika Al-fath ni.Batisya sure akan cakap..'Mama..batisya nak pegi school erk'. Semalam lepas balik HUKM,masa lalu tu tengok cikgu² tengah antar murid² balik. So..terus ke situ tanya detail semua,masih boleh terima ke tak. Bila kata boleh register lagi...terus isi form semua & bagi surat beranak. Excited tol batisya,cikgu bagi baju sekolah,beg,baju sukan.

Pagi ni...kejut dia,mata tutup..`batisya,bangun la,nak school tak..mandi air panas tau'... tersengih² je getik..ekekekek. Suruh en.somi masuk lambat hari ni.....hantar batisya sekali. Pukul 7.45 keluar rumah,terus la ke sekolah...turun kereta,sampai depan pagar sekolah...menonong je masuk..dah tak pandang makpak dia kat luar ni. Kita ni yang menepek dok tengok dia..dia tak heran..bertuah budak tecik ni...

Tengok...menonong je jalan. Budak laki tepi tu..dok menangis nak balik..ekekekek

Tengok anak mama...beratur dengan budak² laki...hahaha..salah line la sayang oii!

Hahh...dah dapat kawan,sibuk nak masuk dalam pulak.

Time beratur...sorang² dia je

Ok...cikgu dah asingkan budak² umur 4tahun..dah ada geng sorang

Macam mana doa tu sayang...bukan tutup muka...ekekekek

Ni geng 4tahun....ada la dalam 4,5 orang kot

Macam ni ... tangan bawah sikit batisya...ekekekek

Ok....now time untuk masuk kelas,semangat tol anak mama.

Tuesday, January 04, 2011

Rabbit farm Land at Semenyih


Ahad balik kg..semenyih aje..hehehe. Pagi pukul 11 bertolak...cuaca cerah & terik. Me biasa ikut hway LEKAS. Lepak² ... dalam petang kul 4 balik tapi ada plan lain lepas tu.


















Kat semenyih sekarang dah banyak development. Rasanya ramai sedia maklom kan. Lepas lepak rumah ayahanda,ajak en.somi ke rabbit farm dekat Broga.  Entrance fee RM5 seorang then ada jual makanan untuk binatang..RM10.


































X10der - update!!

Korang tau tak x10der ni. Mama dapat info ni pun dari FB. X10der ni untuk sambungan bagi baju yang berlengan pendek/labuh baju yang pendek. Elok untuk dipakai kalau labuh baju tak cukup panjang nak tutup bump...hehehe. Mama beli ni dari kak Nor Masayu mastor dari FB harga dari RM35. Yang mama beli ni...RM35.



Mama beli kaler hitam...tapi yang basic plain. Gambar bawah ni contoh yer..hehehe. Kalau yang basic,lengan takde cerut. Satu lagi...x10der ni,ada koleksi² tertentu yang sangat limited,memang cantik design baru² tu. Duta produk ni...Bienda. Kalau korang tengok dia pakai yang macam skirt tu...tu la x10der.

Cara² pakai