Monday, February 28, 2011

Hi-tea at Sudu Cafe KL Hilton

Sabtu semalam,office buat hi-tea..macam selalu la. This year...ni 1st time hi-tea. Actually sponsor by supplier. Tak kisah la kan...bab makan harus jangan ditolak..hahaha. Mula-mula supplier kata kat Armada,last min....KL Hilton pulak. So..tumpang dengan Manager,malas mama nak bawa kereta sebab parking mahal!...bijak kan. Balik tu ramai-ramai naik komuter sampai ada yang tertinggal la..lawak betul. Maklom la...dah lama tak menggunakan public transport.




Mee rebus yang kureng! Rasa rempah jer..tak boleh nak blah

Dessert yang marvelos!!


 

Ni yang paling sedap,Hot coklat yang dimasak oleh chef yang hensem..hahaha

















Friday, February 25, 2011

Marilah berzikir bersama saya

Kejadian petang semalam..hehehe. Sejak dah skool ni,macam-macam la dengar dia bercakap.

video

Wednesday, February 23, 2011

Dinner tonight

 

Malam ni mama masak yang cepat & senang. Sotong asam tumis & pak choy oyster dicampur dengan udang kering. 1st time mama buat,sedap la pulak & mama ratah dah skit tadi..hehehe. Now tunggu my laling balik,lebih kurang pukul 10 jugak la baru sampai...(macam mana la berat tak bertambah,asyik makan lewat je..hehe). Banyak jugak baju yang out of size,maka kena la beli (boleh jadikan modal mintak hubby belikan baju baru,baguskan idea mama..hahaha). Hah korang jangan ikut,amalkan gaya hidup yang sihat ok.

Untuk Dijual

Baju ni mama nak jual sebab ingat muat,rupanya macam sarung nangka. Baru sekali je pakai baju ni. Size baju ni S yer. Mama beli RM49,so mama nak jual RM35.


Kasut ni pulak...sekali jugak baru pakai...brand Scholl,size 7...ingat ok..bila pakai,sakit lak anak jari kaki. Kaki mama ni size 8 benornya. Bila try size 8,longgar pulak. Tu yang ambik size 7. Mama beli RM178,so mama nak jual RM150.



Berminat boleh Email mama : saveme_zero@yahoo.com

Kalendar 2012 & kalendar 2013

Kawan-kawan,mama nak share kalendar 2012 & 2013. So senang skit nak plan pergi jalan-jalan.





Monday, February 21, 2011

Kuew tiaw goreng

Malam ni dinner,cook as simple as i can..kuew tiaw & ayam goreng sebabnya petang tadi hubby text yang hari ni dia balik lewat,mungkin tengah malam. Hubby suruh makan dulu,so tak yah tunggu dia. Untuk princess hotdog 3ketol. Selamat menjamu selera..:-D

 

Kenduri Doa Selamat

Sabtu kelmarin,petang tu ke Ampang. Makcik mama buat kenduri doa selamat sempena anaknya nak kahwin hujung minggu ni. Kenduri doa selamat tu lepas maghrib,so pukul 6.30 mama bertolak dari rumah. Saja pakai sama kaler,princess suka baju kurung..kali ni dia nak bertudung jugak. Nasib ada extra tudung yang sama kaler...hehehe.








Saturday, February 19, 2011

Kandungan coke,pepsi didakwa penyebab kanser




 
Kajian dilakukan oleh toksik nasional US mendakwa kedua-dua ramuan 2-MI & 4-MI yang berada dalam minuman tersebut mengandungi bahan dari HAIWAN. Bahan tersebut boleh menyebabkan risiko menghidap kanser & ia WAJIB diharamkan. So kawan-kawan,PREVENT is better than CURE.

Migrain

Hari ni mama MC. Dah 2hari migrain,hari ni masuk hari ke-3..dah makan activfast pun tak ok lagi. Pagi ni bangun mintak tolong hubby picitkan kepala. Rasa nak terkeluar biji mata ni,dgn sakit gigi geraham skali. End up ajak hubby pegi klinik. Nasib tak ramai sangat orang kat klinik ni. Ambik ubat batok & selsema untuk princess sekali sebab princess dah tunjukkan tanda-tanda batok & selsema.

 

Wednesday, February 16, 2011

Astro yang vangang!!

 

Geram gila mama dengan astro ni! Idiot! Biasa sampai je rumah,lepas letak barang semua on tv. Petang ni on la astro macam biasa,sekali takde siaran. Kat selection atas tulis call cust.service 0.0.0. Argh..ni sure kena potong. Mama call astro cek akaun,awal bulan hari tu mama dah settlekan payment. Pelik gak asal kena potong. Cust.service cek semua katanya ada pending. Korang nak tau berapa ringgit tak? Sure nak tahu kan. Hari tu mama bayar rm80,padahal bulan-bulan kena bayar dalam rm70 je. Jumlah yang pending tu adalah RM14! Mama geram dah,terus sound cust.service tu. Nasib la kan dia yang kena. Mama cakap takkan pasal rm14 tu astro potong,apa ni! Dengan govt.tax naik! Stress mama dengar! Ok..sekarang ni tolong sambung balik boleh tak? 14 ringgit tu saya bayar esok. Nasib baik la cust.service tu melayan mama dengan sabar,so cool la sikit. Gila hape 14 ringgit nak potong,kalau 14ribu ke,140 ke logik gak. Vangang okeh!

Tuesday, February 15, 2011

Kid's dough fantastic playset

 

Balik dari bowling petang tadi,terus ke destinasi yang seterusnya..mines shopping fairs,perut harus diisi sebelum balik rumah dulu. Sekarang ni dah ada mall baru..capitaretail,besar & cantik sekarang ni dah. Nak cari apa semua ada,sediakan duit je la. Konon window je tapii kena paw jugak dek princess. Nampak je toycity,geram rasa tau. At the end,hubby belikan dough sebelum tu dia mintak set macam barbie..harga gila kentang la kan,tak kuasa nak melayan. Dah belikan dough tu terus cari port makan..mama pilih a&w je. Lepas makan terus balik,kang ada je lagi kan. Ok lah..selamat malam.

Salam maulidur rasul

Salam maulidur rasul kepada seluruh muslimin & muslimat. Pagi ni mama buat breakfast mee sup untuk princess & mee goreng untuk mama hubby. Tengahari ni kawan-kawan hubby ajak repeat bowling sebab tak puas hati kalah ditangan seorang wanita..hahahaha. So plan berkelah kat sana,hubby suruh mama masak sambal sardin..nak buat sandwich. Ok lah..selamat berehat


 

Monday, February 14, 2011

Cocoa collagen POWER plus

Sure u all penah dengar produk ni kan. Mama pun selalu dengar dari yies sebab dia minum ccpp ni almost 6bulan. So bulan ni nak cuba ccpp ni,badan selalu exhausted..kalau balik rumah,nak buat kerja pun rasa lemau. Sebelum ni mama guna produk Dcl,masih maintain lagi dengan dcl ni..just nak kasi umph lagi la kan. Kalau lepas bersalin pun boleh minum..korang boleh search je kat google ccpp ni..banyak info pasal produk ni.
 

Minggu ni saya...

Hai korang...macam mane weekend korang,best tak?? Weekend mama best...hehehe. Aktiviti mama minggu ni.....pergi belajar berenang. Memang dah lama nak..tapi masa asyik tak cukup jer,leh caya ker..hehehe. Ni pun teruja akibat geng mommies si bibu,dia ajak join lama dah. So this time tak nak dah pending lagi. Mama tak reti swim ye....baru sekarang nak belajar..tu pun lepas pegi PD hari tu,tengok orang lain mandi syok je. Mama terdampar tepi pool....jalan-jalan tepi gigi air..hahaha. Mama belajar kat putrajaya precint 16,best cikgunya..tak sombong,happening je. Ohh yer...kelas berenang 4x belajar..RM80,ok la kan...tak mahal & tak murah. Mama bukan nak jadi pro,dapat basic pun jadi la kan. So korang...meh kita belajar berenang.



Hari ahad....ajak hubby ke MV. Lama sangat tak pergi sana,makan tahun jugak la. So pukul 10 dah keluar rumah...takot jem & tak dapat parking. Sampai sana...dah ramai pun orang. We all breakfast je kat sana terus, jalan-jalan..window & shopping sikit.
Konon malu nak ambik gambar...

Dia sibuk nak ambik gambar jugak..grrrr

Ni la hasilnya....hahahaha

Mama beli purse,goggle & make-up elianto

Untuk princess

Dah balik rumah....rehat dulu,bagi princess tido secukupnya. Dalam kul 5.30 keluar balik,pegi main bowling dengan kawan-kawan hubby. Semalam tak ramai pun...dalam 5 famili je tapi pak² & mama je yang main,mak² yang lain takmo main...ekekekeke. Ohh..pertama kali main dapat strike 5x,hubby & kawan² tention tengok mama main...hahaha..mereka JELES! Then dinner kat Satay station....satay ok,besar gedabak...90sen secucuk tapi kuah dia...kureng!