Thursday, March 31, 2011

JANGAN MAIN-MAINKAN ORANG!!%$#@^


Marah betul aku dengan orang yang sekolah tinggi tapi otak sekolah rendah! Suka buat perkara yang takde,diada-adakan. Sengal la! kalau nak buat lawak bodoh bangang pun,agak² la.

Makhluk Asing??

Fenomena luar biasa apakah yang sedang berlaku yer?? Moga kita sentiasa dilindungi dari musibah..aminn. Mula-mula merayap di blog Kak ina KL




Pastu merayap ke blog Atie. 
Sama pulak tu symbolnya...subhanallah!apa yang sedang berlaku yer. Video ni dirakam di Ulu Yam,nampak benda tu bergerak...takotnya la

Tuesday, March 29, 2011

Semenyih ~ JJ

Sabtu - Lepas kerja,lepak kejap rumah mil then balik. On da way nak balik rumah,call hubby dulu tanya dia balik pukul berapa. Hubby cakap pukul 6 macam tu,mama mintak izin balik semenyih,rumah ayahanda. Cuaca panas,tak hujan langsung dah berapa hari ni kan. Lepak rumah ayahanda sampai petang,ingat petang tu nak pegi rumah sis mama tapi dah hubby balik awal,takde la pegi. 

Kat rumah ayah sekarang ni,ada kucing. Ni dulu kucing tumpang je,mak selalu bagi makan. Dah lama-lama,dia sedap lak melepak rumah ayah mama. Langsung beranak 3 ekor..2 ekor mati. Tinggal la sekor,princess suka kucing. Dia asyik la belek kitty tu,siap berborak la...hahaha. Sorry la,mama tak berapa suka anak kucing mau pun kucing.








Ahad - kemas rumah,basuh baju dulu..buat apa yang patot dulu la kan.Plan nak cari botol susu yang baru untuk princess. Sebelah KPJ Cheras Selatan tu ada shop lot baru bukak,so ajak ke Twinbaby butik. Ermm...tak banyak pilihan. Terus ke JJ cheras selatan,full parking! Jawabnya kena la parking kat roof. Cuaca hari tu...MASYA ALLAH!terik yang amat² la. 

Cari punya cari....jumpa brand japlo. Tak nak dah beli avent sebab plan nak stopkan botol masa princess 3tahun setengah nanti. So beli yang murah sudah & 0% BPA,tu yang penting. Langsung cari baju basahan untuk princess,dapat la 4pasang untuk dia.



Friday, March 25, 2011

My BMI

Korang dah kira ke BMI korang. Mama dah kira semalam..hahaha. Takot woo kalau terbabas dari landasan. Kang kena diet kaw-kaw lak.Kalau dah status NORMAL, ok la kan tapi kena jugak jaga kesihatan.

Nak cek BMI...meh kira kat SINI

Thursday, March 24, 2011

Ayam Kalasan Tak berapa Seri

Malam kelmarin masak nasi goreng cili api je.Untuk lauk tambahan,mama buat ayam goreng kalasan berseri resepi dari blog Knor. Tapi tah kenapa,mama buat macam tak jadi..hahaha. Tak naik ko serinya..adehh! Rasa dia lemak²,selonggok ko tutup ayam goreng,tak nampak langsung rupa ayam..hahaha. Pasni dah tau camne nak bajet. Princess suka makan yang hampas dia ni..hehehe

Nak resepi korang boleh refer kat blog knor. Bahan dia pun mudah je.

S Spa ~ MilkaDeal

Teringinnya nak pergi SPA tapi banyak SPA yang milkadeal buat ni jauh² la. Banyak area PJ & Damansara..huhuhu. Kalau around KL,senang skit nak pergi kan.



Tuesday, March 22, 2011

Sotong kicap & Kailan Ikan masin

Dinner malam tadi masak sotong kicap + dakwat sotong & Kailan Ikan masin. Rupa dia agak kureng tapi rasa dia not bad. Sampai hubbyku pun pelik..`Masak apa ni sayang'...hahahaha

Sotong goreng kicap


Kailan Ikan masin

Restoran ABC

Sabtu malam hari tu,balik dari kenduri memang tak larat la nak masak. Untuk hubby dah masak siap², Sambal sardin cili api. Tekak teringin nak makan tosai,cakap dengan hubby...`sayang nak makan kat ABC la yang..nak makan tosai rawa'. Pukul 8lebih keluar rumah, untuk mama..tosai rawa & untuk princess fish & chip..hubby minum je sebab dia tak nak makan,malam tu nak main badminton..takot pancit..hehehe

Fish & chip

Tosai Rawa

Gathering for Zie Brunei

Hari ahad,ada gathering pulak yang harus di attend. Tenghari bertolak,masa keluar rumah tu hujan renyai tapi dah berhenti. Kat MRR2,rupanya hujan selebat-lebatnya. Nampak macam kabus putih jer,hubby drive pun slow je sebab tak nampak jalan langsung. Dengan air yang bertakong kat jalan,bila kereta lain lalu macam kena simbah air je kat cermin...scary!



Lebat sangat...

Eloo..saya yani,budak domok...hehehe

Baju merah tu..maknya,Pn.Syafa

Hahh...kalau tengok dorang ni,sure akan kata..ni la maknya..ekekeke tapi bukan ye

Rasa nak bawa balik je!

Elok je dok dalam tu..hahaha

Ketibaan Pn.Arin

The Guess

The Anak-anak

The Food yang memenuhi meja

The havoc yang anak² buat

With my Son

My Lovely princess..dahaga bebenor hahh


Monday, March 21, 2011

Ngidam samperit

 
Tekak dari last week lagi teringin sangat samperit. Dah try buat tapi tak jadi..sedih sangat tau. Nampak sangat tangan dah keras. Request kat ila debab,mintak dia buatkan. Nasib baik ila dapat tunaikan. Kecur air liur dapat makan..hahaha. Kalah mak yong ehh. Dulu masa mengandung,teringin kemboja sarawak..sampai sekarang tak dapat makan tau tapi syukur princess takde meleleh air liur. Nak makan biskut raya ni,takkan tunggu raya je kan. Anytime..:-D

Wedding at Palong

Sabtu mama cuti,ada wedding yang harus pergi. Kawan opis lama hubby,majlis kat Felda Palong 3. Jauh jugak perjalanan,lebih kurang 3jam! Cuaca pulak kejap panas,kejap hujan.

Princess layan perasaan

Dah separuh jalan,dia mintak tukar baju cantik

Suruh posing elok²,tengok la dia buat apa

Princess dah buat perangai,dia rimas dah tu..plus mengantok

Ada benda yang dia nak

Pengantin dah sampai,tema grey


Cantik pelamin dia..patern sekarang ni

Tunggu untuk ditepun tawar

Hahh..sudah mengamok kat meja makan

Apa la yang princess nak ni

Time ni nak gelak pun ada. Princess ingat yang tu ayah dia,dok la pegang kaki orang tu..hahahaha

Kawan opis hubby

She got injured

Jumaat kelmarin petang ambik princess macam biasa. Then nampak kat mata dia,macam ada luka. Tanya cikgu..kena cakar katanya dengan budak yang suka membuli orang tu . Aihh...khamis tu masa ambik dia,dari luar dengar princess nangis,kuat semacam..ingat jatuh ke apa. Tanya cikgu..budak tu buat. Aihh...budak tu cikgu cakap,memang takde hati...semua orang dia bulinya. Semua dah kena,pelik jugak...mak ayah dia tak buat something ker?? Kalau luka terok,harus mama jumpa mak ayah dia.

Sikit je la nak kena mata...huhuhu

Kat pipi pun ada..kena cubit. Nasib la anak mama ni tak reti nak pukul orang balik. Selalu mama pesan kat dia...`kalau dia buat kakak,bagitau cikgu..nanti cikgu rotan dia'