Friday, April 29, 2011

CRK Restoran

Malam semalam,having dinner at CRK Restoran,Balakong. Sini memang ramai orang,masakan kat sini pun sedap,kira berbaloi la makan kat sini. Harga?? boleh tahan jugak la. Hubby order daging masak merah,telor dadar utk 2 orang,sotong goreng kunyit,kailan ikan masin & sup ayam,minuman pulak air epal asamboi,lai chi kang,teh tarik & air suam...total RM32++. 



Kat sini ada sate jugak,hubby order sate ayam 10 cucuk. Satenya sedap yang kurang kuahnya tapi abis licin jugak...hehehe.Hujan-hujan ni lapar lebih.

Thursday, April 28, 2011

Disuatu malam yang sunyi

Hari ni hari khamis malam jumaat..malam keberkatan. Tiba-tiba teringat satu peristiwa yang berlaku pada mama,ni citer keliwon yer..hehehe. Peristiwa ni terjadi masa mama belum kahwin,rasanya 7-8tahun lepas. Pergi & balik kerja,mama pergi dengan ayah mama. Masa tu ayah mama masih bekerja,belum pencen lagi. Satu hari tu hujan lebat sangat,kalau dah hujan sure la jalan akan sesak. Bayangkan...pukul 7malam,we all masih di cheras. Hari tu memang sesak sangat,ada accident yang terok...kereta langsung tak bergerak! 

Finally,ayah mama kata kita ikut short-cut,ikut jalan belakang dari ampang tembus ke empangan semenyih. Memang lengang la jalan tu,gelap gelita sangat sebab memang takde lampu jalan. Mama dok sebelah,layan lagu je la kan sambil tu borak-borak dengan ayah mama. Tiba kat jalan sg lalang,memang gelap la tambah lagi kiri kanan hutan! Dalam hati ni allah je la yang tahu,kecut perut jugak gelap-gelap ni kan,dah tu satu kereta pun takde lalu. Waktu tu jam menunjukkan pukul 8.30 keatas dah.

Sekali kat depan,mama & ayah mama perasan ada satu kereta tapi dia bawa slow gile!! rasanya dalam 10-20km je. Tiba-tiba hati mama dap dup dap dup,aishhh...apahal lak kereta ni slow sangat. Kitaorang ikut je la belakang kereta tu tanpa mengesyaki apa-apa..tapi dalam hati dok baca ayat kursi...hahahaha. Ayah mama tak boleh tahan agaknya orang tu bawa slow sangat,ayah mama potong tapi potong pun slow je la kan sebab jalan kampung. Masa potong tu kan,mama pandang la kereta tu. Korang tau apa yang mama nampak?? KERETA TU TAKDE PEMANDU!!!!Ya allah...menggeletar pale lutut wehh! Yang lawaknya tangan ni terus meraba radio,cari channel IKIM...(baru la ko nak ingat kan,kalau tak berdangut ko ye)..hahahaha. Time tu pulak channel tak jumpa! Boleh???? Sambil tu mama tengok jugak cermin pandang belakang tu,sekali kereta tu hilang! Mama terus kaku,tak bercakap sepatah langsung,ayah mama pun sama...hahaha tapi ayah mama takde la secuak mama kan...hahaha.

Sampai kat pekan semenyih,ayah mama tanya nape?? hahh..nampak apa?? Ayah nampak ke tadi?? kereta takde pemandu ker?? Hahh..ayah pun nampak ke?? sambil ayah mama gelak,hahh!mengagau cari radio tak jumpa...hahaha. Ada ke patot gelakkan mama. Aduhh...memang mama ketar la time tu. Ingat mama sorang je nampak,rupanya ayah mama pun sama. Sejak tu,kalau jalan sesak macam mane pun...memang mama tak bagi ayah mama lalu situ dah kalau malam-malam.

Wednesday, April 27, 2011

Movie yang ditunggu










Buffered Earnings yang hilang

Last week lagi BE mama dah hilang,same kes jadi pada yies. Sebelum ni pernah jugak yies tanya mama pasal ni. Mama ingat kot salah coding ke apa,then jadi pulak kat mama. So mama ingat yang nuff dah tak nak bagi BE. Nak merajuk dah tau tapi untuk hilangkan rasa tak sedap hati tu mama email kat nuff. Selalu nuff akan cepat respond sebab tu mama suka email nuff..TQ nuff for that answer. Really helpful!

So mama pun tanya la nuff tentang BE mama,kenapa hilang. Then ni jawapannya:

Hi Suraya,

You might have mistaken how Nuffnang works. Whenever there is an CPM campaign going on, your earnings will be kept in the Buffered Earnings table. Once the campaign is ended, the earnings is then transferred to a new table called 'Metered Campaigns', which is tallied to your Current Earnings.

Since all your CPM campaigns have ended, all your Buffered Earnings have been transferred to your Metered Earnings, which is tallied to your Current Earnings.

Cheers,
Thara Sofian
Blogger Relations

Harap kawan-kawan yang kehilangan BE tu, faham dengan penerangan dari Nuff ni yer. Actually bila BE tu dah ended,campaign tu still running tapi masuk dalam metered earnings.

 Nampak tak campaign name tu,so semua tu la yang running dalam nuff. So no worries ya walapun takde BE sebab still ada pendapatan.


Tuesday, April 26, 2011

Drama yang best untuk dilayan

Ni la favorite drama mama,setiap malam dah schedule drama-drama ni. Kakak pun suka jugak drama yang mama layan,hubby je tak suka sebab dia tak dapat layan bola..hehehe tapi kalau remote hubby dah pegang,memang tak tenteram la nak tengok  tv tau. Kejap² dia channel ni,kejap channel tu...tension je!

Awan Dania memang minat dari dulu sebab ada Scha. Sekarang ni di astro ria pukul 9.30

Ni drama terbaru kat TV3 setiap Isnin,sebelum ni Gemilang. Minggu ni episod 1. Best cerita ni,memang citer ni memaparkan kebenaran yang berlaku kat sana. Harus korang tengok sebab buat perasaan korang rasa macam-macam

Asmara pulak setiap Selasa di TV3 jugak. Ni pun best,sekarang ni papa zalia ada motif,semua kerna harta

Cinta Antara Kita setiap hari dari 6.30 - 7.30 malam. Best jugak cerita ni,geram ada,suka ada,kesian ada..semua la.


 Halimah jongang pulak setiap rabu,tak pernah miss lagi la walaupun citer ni agak meleret. Last week dah abis citer ni. Tunggu HJ 3 pulak.

 
Ni yang paling best drama yang mama suka tengok. Tak sangka Vee boleh buat drama macam ni. Tambah² eja bawa watak sabrina,memang menjadi disamping adi putra.

Hari jumaat malam layan Maharaja Lawak di astro warna. Sanggup okeh mama langgan request by hubby. Favorite mama - jambu,jozan & sepah je. Yang lain² tu,boleh la. Rasanya 3 ni la tengah compete antara satu sama lain.

Jemputan ke sukaneka tahunan

Semalam ambik kakak,pergi rumah pengasuh kakak a.k.a ibu coz dia baru bersalin 4th baby,baby boy 3.8kg. Seeronoknya tengok baby ni,kakak pun excited dengan baby ni. Masa nak balik,dia suruh bawa balik baby tu. Alahai...bukan baby mama la sayang,baby orang tu..sampai merajuk la dia. Pujuk-pujuk...nasib la dia makan pujuk. 

Balik rumah,kemas² & cek beg sekolah kakak. Bawa keluar baju yang dah kotor,cek beg sekolah dia sekali. Tengok ada surat & envelope. Mama pun bukak envelope,ada jemputan ke sukan kakak sabtu ni. Yang mama nak tergelak....ada pulak acara untuk ibu bapa. Cikgu dah siap² tulis pulak tu,acara apa yang perlu masuk. Hahh...acara apa?? KETAM JALAN SENGET! hahahaha..tah macam mane la ye gayanya. Tunggu je la sabtu ni.
 

 
See...ada sekali no cabutan bertuah.

Tergelak besar mama tengok acara tu. Boleh ke mama & hubby masuk ni erk..hahahaha

Monday, April 25, 2011

Mairin Adreena

Ahad semalam balik semenyih,visit my sis yang baru melahirkan 3rd baby. Ingat nak balik hari sabtu lepas kerja tapi hubby cakap hari ahad la sebab hubby pun tak kerja. Tenghari gerak ke semenyih,cuaca terik jugak semalam.

Mama & kakak

On the way nak ke rumah ayah mama,nampak arch ni tapi dah tak nampak tulisan yang MpKj tulis dek tampalan pinjaman berlesen.

Kakak yang agak moody



Now dah ok..hehehe

Sampai je kat rumah ayah mama,kakak dah tak sabar nak tengok baby. Dia pegang² kepala baby,cium baby. Mama tanya kakak..`nak baby ker'...nak!..hehehe

Mak sedara mama pegang baby,kakak pun sibuk nak pegang. `Tak pegang baby lagi'..padahal berpuluh kali pegang dah...hehehe




My anak buah yang dah kepenatan...ketiduran dah dia. Adik ipar mama tengah mengandung lagi sekarang ni..bulan 6 ni insya allah






Kakak melekat je kat situ,dok tengok baby. Sian kakak...nanti ye,mama usahakan

Friday, April 22, 2011

Membeli sambil Menderma :Need help to raise fund for Brain Tumor Surgery

Copy dari blog geng m.com aku, Bibu:

Bibu nak mintak jasa baik blogger dan kawan supaya mempromosikan blog dan juga membeli barang2 yg dijual dlm blog SYAHIDAH. Beliau adalah kawan sekelas bibu mase tingkatan 4 dulu. Baru2 ni kami bertemu di FB dan rupenya beliau sedang sakit dan memerlukan dana untuk pembedahan kali ke 2 barah otak. Harap2 bloggers dpt mewar2kan blog dan juga membeli atau jika ingin terus membuat sumbangan dari segi $$ boleh terus berhubung dengan beliau di talian 017-3378317. Masa ni masa dia..masa kite belum tentu lagi kan? Semoga Allah memberi kekuatan tuk Syahidah berjuang dan diberi kesihatan yang lebih baik. Amin Ya Rabbal Alamin.

Ribut

Semalam kan hujan lebat,kat office ni lebat betul sekali dengan angin. Nasib balik kerja,hujan dah reda tapi gelap gulita lagi..tanda-tanda nak hujan lagi. On da way balik,memang hujan lebat balik kat alam damai. Ambik kakak secepat mungkin,terus balik rumah. Sampai kat simpang rumah,tengok ada pokok besar tumbang. Uihh...ribu ke kat sini..huhuhu. 

Sampai rumah...park kereta,tergelak pun ada...tengok ampai baju terbalik..hehehe. Kuat betul hujan semalam kan,sampai macam tu sekali. Abis baju basah...kena la basuh balik. 


Cuaca sekarang tak menentu,hujan panas je. Moga kita sentiasa dilindungi dari musibah & diberi kesihatan yang baik. Tanda-tanda nak selsema tu macam nak mai dah ni..huhuhu

Cover rim tayarku tercabut

Hari selasa kelmarin,on da way balik..drive seperti biasa.Sampai selekoh markas tentera,perasan ada bunyi macam tercabut tapi ignore je la kan sebab kereta under control je. Mama pandang cermin belakang,tengok ada benda tergolek-golek tengah jalan. Masa ni dalam hati dok berkata-kata..`Ehh....cover rim kereta sapa yang tercabut tu?? kereta aku kah?? ' Kereta wira belakang mama macam nak potong mama tapi mama tak bagi sebab malu..hahaha. Lagi la mama tekan minyak,jauh dari situ. Dalam kereta senyum sorang-sorang je la kan bajet bukan cover rim kereta mama.

Sampai kat taska kakak,sah....cover rim kereta mama!hahahahahahaha...gilo betul la. Saja je buat hal kan! Mama terus calling hubby,dah gelak-gelak time ni. Hubby tok sah kata la...berdekah je la dia. Rupanya kan dia leh cakap ...`sabtu hari tu lagi dah patah sayang'...laaaaaaaaa...bukan nak bagitau,sabar je la tau..tu pasal la dia gelak berdekah-dekah! Dah togel satu tayar,takde cover rim..hahahaha.

Esoknya on da way g kerja,lalu tempat sama...sekali mama nampak cover rim tayar mama..ahahahaha. Call hubby..`yang,nak collect ke cover rim tu'...tak yah la sayang oii,dah patah pun..nanti beli lain je la...tak pun sayang collect..buat frame...hahahaha...'.. ada ke patot!!


Bape $$$ la pulak cover rim tayar ni erk??

Thursday, April 21, 2011

Promtip BBQ Thai Seafood

Last week JJCM di Permaisuri. Nampak restoran Thai ni,so we all mencuba kat sini.Pack juga la,service pun takde la slow sangat..kira ok la. Makanan pun cepat sampai. 

Konon-konon kakak suap ayah dia la tu,dalam mangkuk tu kosong je..hehehe

Butter Prawn

Ayam Goreng kunyit

Tom yam seafood merah

Total RM62.05

Kalau dari 5 star,mama bagi 3.5 je la. Ayam goreng kunyit tu...fail sikit sebab basah,suka yang kering tu je. Kailan ikan masin lupa nak snap pulak. Tom yam merah dia..berdesing jugak la telinga bila makan..hehe

Wednesday, April 20, 2011

Busy

Dua tiga hari ni sangat la sibuk dengan tugasan dipejabat. Sampai tak sempat tak jengah blog kawan-kawan. Nanti mama jengah ye.


Tuesday, April 19, 2011

Tutorial tukar akaun dari yahoo ke google

1st : Klik My Account di Dashboard Blog


2nd : Klik Gmail


3rd : Isi item kat bawah. Bahagian Login name,pilih ikut suka la pastu klik check availability & isi current password. If takde duplicate dengan orang lain,isi security Q tu. Then klik CONTINUE

4th : Lepas dah klik continue,akan keluar page Gmail. Bila log in blog...akan keluar gmail address. Sebelum ni,blog mama guna savemezero@yahoo.com,now dah jadi mamabatisya@gmail.com


Ada yang tanya tentang follower & following, kedua-duanya masih remain. So no worries ya.

~ Selamat Mencuba ~

Kakak tak sihat

Pembuka minggu yang baru,mama mulakan cerita tentang kakak ye.
Since rabu 6 Apr,kakak demam & batok. Memang really worried la even dia just demam & batok.Rabu & khamis hubby cuti,masa ni demam dia tak terok pun..just dedar² jer. Bila hari jumaat subuh,tengah malam badan dia panas. Same goes to next day,mama bawa pulak pegi hi-tea.Hari ahad pulak balik kampung..ada kenduri kahwin. Hari isnin tu demam balik,then mama pegi klinik untuk kali ke-2. Yang worst...batok dia,demam time malam je. So mama EL 2hari,ingat rabu tu dia dah ok. Bila kul 3 pagi,dia demam balik. So bawa ke hukm untuk blood test,mula² fikir nak bawa ke klinik kita tapi fikir balik kalau kena pegi hospital..dah kena ambik darah lagi kan. Mama fikir better pergi HUKM je.

Pukul 10 baru keluar sebab kakak tido lagi...register semua,tunggu turn dipanggil. Nurse cakap perlu ambik darah,so mama cakap dengan kakak. Dia pun diam je,tah dia faham tidak...mama tak sure la. Then nurse ambik cucuk line tu,ingat dia menangis ke apa..tapi rileks je. Lega jugak,takot dia terkejut ke apa kan. Kebal anak mama ni..hahaha. Lepas dah ambik darah,tunggu pulak turn untuk jumpa doc. Standard la kan kalau dah public klinik ni,sure akan ambik masa yang lama skit. Ada gak time dia buat pe-el tapi layan je la kan.

Nasib tunggu doc panggil tak lama tapi settle semua dalam pukul 2 jugak la..hehehe. Doc cakap ujian menunjukkan ada jangkitan bakteria,so doc bagi ubat demam & batok dan continue makan antibiotik yang klinik bagi. Ubat demam yang hukm bagi,kuat betul dos nya. 4x sehari ~ 10ml,panadol ni 125mg pulak tu. Mama bagi 2/3 kali jer sebab bila lepas bagi tu,dalam masa sejam demam dia dah cool. 


Sampai hari sabtu 16hb,batok dia tak off lagi tapi demam dah fully recover. Baru teringat,bawa paed kat len seng,mama boleh terlupa klinik dr.khoo tu. Kalau tau,better pegi sini je kan. So sabtu tu,buat appointment. Jumpa dr.khoo...dia kata tekak masih bengkak. So dia bagi ubat drip tekak masa tu jugak. Ada 5 ubat...antibiotik.ubat flu,cough,ubat hisap & vit.booster total RM79. Dr.khoo cakap lepas bagi makan ni,dia akan batok yang kuat,kahak tu akan keluar tapi kalau dia tak buang pun takpe sebab masuk dalam perut then cair kuar as najis. 

Malam tu lepas bagi ubat,dia batok² kuat..muntah 2 kali tapi malam tu dia tido lena! Syukur..lega sangat dia tido nyenyak. Now batok dia dah agak berkurangan & still continue ubat dari paed tu. Hope kakak akan fully recover.Sekarang ni dah macam-macam perangainya,dah pandai melawan pulak tu. Mama memang sediakan rotan kat rumah,agak dia melampau..harus dirotan. Even kecik lagi..harus diajar,kalau dah besar baru nak ajar...takot terlambat je nanti kan.

Telur Tiruan

Sekarang ni,kalau beli telor..kena la hati². Hari tu mama nak goreng mee,nak masukkan telor so pecahkan dalam mangkuk dulu. Bila pecahkan,kuning tu terus bercampur dengan putih. Ahh..sudah,fake ni. Mama cium bau,langsung takde bau hanyir then cari pusat telor..confirm takde. Sah! telor tiruan ni. 


Sebelum ni perasan juga,beli brand ni...kalau pecahkan,yang kuning akan bercampur dengan putih. Ingatkan telor tu memang macam tu kan. Bila dah keluar citer pasal telor tiruan tu,rupanya selama ni dok makan telor yang tiruan la kot.

Lepas ni tak boleh dah beli telor brand ni. Kena try telor lain dah. 

Monday, April 18, 2011

Close or Open

Assalamualaikum semua,

Sorry la,lama menghilang. Actually mama fikir nak tutup blog & FB tapi rasa macam terputus hubungan pulak dengan kawan-kawan kat luar ni. Ni pun masih berkira² sama ada nak teruskan atau tidak. Ermm...apa pendapat kawan² ya?? 


Sunday, April 10, 2011

Dutch lady 456


Ada sape2 nak beli tak dutchlady 456 perisa biasa ni ~ rm22 [NP:23.99]. Ada 2 pack,x bukak pun lg. Batisya x nak minum DL ni la,bila bancuh x abis pun. Dia minum 1/4 je. Kena beli enfa balik la jawabnya. Kalau ada yang nak beli, at least KL area la ye..hehehe