Monday, May 30, 2011

High School Musical versi Kakak

Hari sabtu takde aktiviti apa pun,hubby kerja sampai malam. Plan nak tido semenyih tapi hubby ada kerja & hubby accident pulak hari sabtu tu..huhuhu. Cedera terok jugak la,calar balar abis kaki..terkoyak kulit. Mama bawa hubby g klinik. Hari ni hubby MC,jalan pun dengkot². Then bawa motor pegi workshop,repair motor. Katanya ekzos patah,harus claim balik dengan orang yang langgar hubby tu. Jalan luas pun nak menghimpit! Dah tu nak lari pulak tu..aihhh! Geram je mama dengar. Nasib la takde yang patah riuk...huhuhu, Syukur alhamdulillah.

video

Bila bersama kakak ni,memang macam-macam la kaletahnya kan. Petang sabtu tu ada HSM di disney channel. Kakak ni kalau dengar muzik jer,pantang! Mula la dia pun nak joget sekali. Sakit perut mama tengok kaletah dia tu.

Saturday, May 28, 2011

Langkawi with Love ~ part 5

Last day at Langkawi jalan-jalan di Jetty jer 



Masa pergi semua sorang satu beg,bila balik...pakat 2 pakat..hahaha. So sila lah beli luggage extra yer. Tipu la kata tak nak shopping apa pun,mesti tak banyak..skit pun mesti akan shopping...hehehe


Dah sampai KL,on the way balik rumah!

Langkawi with Love ~ part 4

Hari seterusnya Shopping time. Shopping at HIG




Then ke Wildlife Park







Friday, May 27, 2011

Langkawi with Love ~ part 3

1st Trip ~ merayap di Kuah 
Setelah kepenatan,kita makan aiskrim dulu

At jetty ~ Dataran Lang

My adik bongsu

Anak buah

Posing dulu..hehehe
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
At Kota Mahsuri


Penyambut tetamu tak diiktiraf

At Makam Mahsuri

Kat dalam Kota Mahsuri ni ada binatang,so boleh la tengok sekali

Di rumah Sri Tama ~ ada yang dalam renovation juga

Cara orang dulu² nak tuai padi

Telaga Mahsuri

Caklempong ~ alunan muzik yang mendamaikan. Kat tepi pentas tu,belah kanan ada Muzium Mahsuri, ada macam² kat dalam tu tapi tak dibenarkan ambik photo atau video.

Langkawi with Love ~ part 2

Di Airport ~ sampai awal tapi flight lewat

Mama bawa ayah,mak,adik² mama & anak buah mama. Patot kakak & hubby dia ikut sekali tapi kakak dalam pantang & also adik no.6 mama  tak dapat ikut jugak sebab ada kelas malam


Three sibling's

Ayah & mak

Kakak yang dah buat perangai

 
Adik bongsu & anak buah 

 Dah sampai Langkawi! yehahhh


Semua happy dah selamat sampai Langkawi

Thursday, May 26, 2011

Langkawi with Love ~ part 1

Hai semua,setelah bercuti-cuti malaysia selama 4hari..hari ni mama dah start kerja. Banyak kerja sedang menanti. Percutiaan yang menyeronokkan buat mama & family. Cuaca kat sana boleh dikatakan panas bahang. Untuk yang nak bawa anak kecik,mama suggestkan bawa ubat untuk standby. Incase demam ke selsema ke kan. Flight mama patot 7.45pm 22 May tapi delay 2 jam! Tension! Nasib baik la mama stay kat rumah rehat Mara under kakak mama. Kalau hotel,memang rugi abis la kan. Adik mama naik flight lain,patot 9.15pm tapi 10.25pm. Sampai kat airport Langkawi dalam pukul 11 lebih,then tunggu adik mama dalam 11.30pm.

Masa menunggu adik mama,penyewa-penyewa kereta ramai tengah menunggu. Ada tu nak bagi Mitsubishi Grandis RM320 untuk 3 hari. Memang murah gile tapi dia bagi malam tu jer promo. Hubby pulak tak cakap dengan mama,kalau cakap sure la mama suruh ambik jer! Aihh...melepas dah. Dari airport,mama ambik Teksi jer...sebab dah tengah malam caj RM45,patot RM48 tapi mama mintak kurang skit.

Sampai Plaza Langkawi,terus check-in. Dah la perut keroncong,nak berjalan malam-malam ni....dengan penatnya semua cukup la. So lepas dah naik bilik,hubby pergi tapau. Pelik-pelik betul masakan kat sana. Korang kena pandai cari kedai makan,kalau tengok menu yang pelik² tu,kebanyakkannya orang burma yang masak. Memang tak kena dengan taste we all la.

Hari pertama- We all jalan² di Kuah dulu. Round semua row kedai sampai kaki rasa nak tercabut la...hahahaha. Survey harga coklat,pinggan mangkuk & etc. Dah tengahari,masa untuk makan. Kalau korang nak makan tengahari,mama suggestkan makan kat Medan Selera Padang Matsirat tapi kena datang pukul 3 keatas. Harga sangat berbaloi,mama makan seramai 6orang dewasa 3 kanak²,harga dalam RM27. Murah sangat kan. Lepas tu terus ke Beras terbakar.  Malam dinner,tanya laksa mana yang sedap. Orang kat situ suggestkan Laksa Penarak, memang marveles laksa penarak ni. Berdekatan dengan jetty,tak susah pun nak cari sebab nampak tepi jalan jer. Mama suggestkan makan yang kuah² kat Restoran Penarak ni,kalau order nasi..memang tak kena taste. Adik mama order nasi goreng USA tapi nasi goreng USA kat sini dalam nasi ada sotong & udang. Memang tak boleh blah! hahahaha

Hari kedua - Destinasi seterusnya ke Makam Mahsuri - tiket seorang RM5 dewasa,kanak² bawah 5tahun free. Nak tengok rumah orang dulu² boleh la datang sini. Nak kaji sejarah Mahsuri pun semua ada kat sini. Lepas Makam Mahsuri,we all ke WildLife Park. Harga tiket RM12 untuk mykad,kanak² atas 4 tahun RM8. Prefer masuk sini untuk anak²,memang dorang akan enjoy. Hari ke-2 we all makan kat Padang Matsirat juga tapi kedai ikan bakar. Harga kat sini boleh la masih reasonable ~ RM45.  Dinner pulak makan kat kedai biasa berdekatan dengan Lobster restaurant. Mama suggest you all makan kat sini. Memang kena taste abis! Mama order siakap 3 rasa,kailan ikan masin,tomyam,telor dadar & air buah untuk 4 orang + 3 budak²,semua masak untuk 2 orang total RM67.

Hari ke-3 - jalan-jalan ke jetty jer,then ke pekan kuah. Harus balik cepat sebab nak pack barang². HIG mama pergi, Idaman Suri mama pegi & Saga pun mama pergi. Harga untuk pinggan mangkuk,semua lebih kurang jer tapi Idaman suri lebih banyak pilihan. Untuk coklat,better pergi HIG yang baru bukak diKuah,memang banyak pilihan.  Make sure you all ambik luggage yang besar,at least 40kg++. Mama ambik 30kg jer,bila balik kena extra luggage..so kena bayar extra caj.

Kali ni tak sempat nak ke cable car & pantai chenang. Untuk cable car harus u all pergi kecuali hari rabu adalah maintenance day. Untuk pantai chenang,u all pegi waktu malam..lebih happening. Satu lagi lokasi terbaru adalah downtown,located at Kuah. Banyak lagi lokasi lain yang menarik harus kawan-kawan pergi. Better ambik map masa sampai di Airport Langkawi. Kalau ada kawan-kawan nak contact kereta sewa,boleh bagitau mama k. Kebetulan mama dapat harga yang murah,3-4 tempat mama tanya untuk avanza RM150 sehari tapi dengan orang ni RM100,yang bestnya we all sewa untuk 3 hari adalah RM200. Mama dapat contact ni pun dari kawan kakak mama yang duduk sana. Kalau ada yang nak,boleh email mama k, saveme_zero@yahoo.com

Next photo pulak,tungguu



Monday, May 23, 2011

On Holiday


Disaat ini,mama & family berada diLangkawi. Cuti-cuti malaysia! nanti mama update ok.

Friday, May 20, 2011

Remis


Ahad kelmarin,ayah ajak mama pegi Pantai Remis,Selangor tapi hubby tak larat sebab sabtu tu dia kerja. Dalam petang tu mama pergi jusco,saja jalan-jalan jer. Then adik mama call tanya nak remis tak,ayah mama beli 3kg. Mama pun ok je la. Adik mama cari yang buluh tapi takde pulak. So dapat yang ni dengan mentarang je. Oh yer,pantai remis tu rumah sepupu ayah mama.

Mama ambik sikit jer sebab hubby bukan makan sangat pun

Mama masak cili jer,bila dah masak..masya allah!banyak betul. Langsung bagi jiran sikit. Untuk orang yang ada migrain,gout...jangan la makan remis ni. Serius! boleh memburukkan kesihatan. Itu la yang berlaku pada mama. Migrain menyerang selama 2 hari sampai demam,sakit sampai meleleh air mata la.

Udang Merah

Lamanya mama tak update. Hari tu kakak tak sihat,now mama pulak tak sihat. Dengan kesibukan di pejabat,membataskan waktu untuk update story. 

Last week,on the way balik dari Semenyih,si kakak nampak durian tepi jalan. Memang pantang la dia kalau nampak durian,harus beli. Round dulu kat sekitar rumah tapi tak berapa nak ada. Then merayap ke Damai Perdana,tengok ada orang jual. Berhenti tengok,durian udang merah..sekilo RM13. Boleh tahan mahal ko! mama suruh hubby beli sebiji jer sebab we all berdua bukan pemakan durian sangat,takat ambik rasa boleh la.

 Memang puas hati la beli udang merah ni,dalam satu pangsa ada 2 ulas je. Makan pun tak muak sangat. Sangat sedap!

 Sebiji tu ada dalam 9 ulas,so dapat sorang 3 ulas.

Sedapnya mama!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Hari ni 16 May,merupakan Hari Guru. Pagi ni hantar kakak skool,bila sampai skool..tengok kawan-kawan dia berpakaian cantik. Dia dah pelik² & blur tengok kawan-kawan semua cantik. 

kakak,kawan² pakai cantik² la
A'ah la mama
Tu la,kakak lupa ker
A'ah mama..kakak lupa (sambil muka dah muncung)

Then Mama tanya cikgu kakak,tak pakai baju sekolah ker
Hari ni tak,sambil ambil kakak..pujuk kakak..`takpe,ada kawan yang pakai baju sekolah'

Tak sampai hati pulak tengok dia berdukacita,terus panggil kakak ajak balik tukar baju

Sampai rumah iron baju kurung kakak secepat mungkin,suka betul dia. Baru lah senyum ke telinga
Sekali mama baru teringat,hari ni Hari Jadi Guru la kakak,Hari jadi Cikgu.
Hah! Hari jadi Guru Cikgu ye mama.
Bukan...Hari jadi Guru
Hari jadi Guru Cikgu ye mama
Ye la kakak,mana-mana pun

Cikgu ada jamuan sekali untuk murid²,patot la semua pakai cantik². 

Teringat cikgu mama ... nama dia Pn.Zabedah,the best cikgu ever. Selamat Hari Guru Cikgu!

Sunday, May 15, 2011

Ole-ole dari Terangganu

Last week hubby pegi Terangganu untuk sukan staff. Hubby takde beli apa sangat,just keropok lekor & baju² jer. Untuk mama..hubby belikan baju kelawar 2 helai,untuk kakak pun 2 pasang baju. Suka betul kakak dapat ole-ole.

Bulan 6 ni,mama pun nak pergi terangganu sekali. Kenduri kahwin kawan hubby.

Saturday, May 14, 2011

Ikan Pekasam

Kelmarin fren mama bagi ikan pekasam talapia. Fuhh,lama betul tak makan ikan pekasam ni. So semalam dinner mama goreng 2 ekor,goreng dengan bawang & cili api..makan pulak dengan nasik panas,licin pinggan...hahahaha.



Sorry la kalau ada mak yong yer,kalau teringin..gi la cari kat pasar..hehehe

Blog is currently unavaible

Semalam seharian Blog tak boleh bukak,ingatkan mama sorang je. Rupanya ramai yang kena.Tengok status rupanya google tengah upgrading. Bila bukak blog hari ni,tengok kat bahagian komen...komen kawan-kawan ada yang dah hilang. Try jugak search & recover tapi tak boleh. Yang penting jangan hilang post sudah.

Harap lepas ni dah ok la,lebih compatible & frenly user.

Suspek yang menyimbah ASID

Kawan-kawan,ni la suspek yang simbah asid. All ladies hati-hati k..kalau nampak suspek,hubungi rakan cop yang berdekatan.

Polis masih belum dapat mengenal pasti identiti suspek ni. Yang terbaru,semalam di Wangsamaju. Polis dapat rakaman ni dari CCTV berdekatan. Harap-harap polis dapat tangkap secepat mungkin.

Thursday, May 12, 2011

Skuad Suria FM

Rentetan dari blog NANA,mama pun excited jugak nak menebus sabun daia percuma. Kebetulan 8 mei tu,mama memang balik semenyih. Tengahari tu,mama,kakak & adik mama ke pekan semenyih. Masa sampai tu,tengok skuad suria & lori daia baru sampai.



Tunggu dorang bukak table,dah siap semua..mama terus tanya. Boleh collect dah ker,dorang tengok jam dah 1.50pm. Yang kelakarnya...mama bawa satu plastik je...hahahaha. Dapat la 1kg Daia & sample Daia. Lepas ambik sabun tu,mama ambik kakak mama. Suruh dia clearkan plastik sabun jugak. Sebelum balik rumah,singgah econsave untuk tebus lagi sekilo. Mamat daia tu cakap dengan adik mama..`eh,tadi bukan dah datang ker'..hahahaha

Wednesday, May 11, 2011

Apam Balik & Nasik lemak

Weekend kelmarin,mama balik semenyih. Tido rumah ayahanda mama.Sabtu malam tu ada pasar malam kat pekan semenyih. So follow ayahanda mama,kebetulan tekak ni nak makan ikan jenahak..so gagahkan diri ke pasar. Cari-cari punya cari,dapat gak kepala jenahak. Mama beli 2 ketol & isi 3 ketol,total RM27. Mama buat masak kari mamak jer. 

Kat pasar malam ni,ada jual apam balik special. Mak mama pesan apam balik special. Tak pernah lagi tengok yang special sangat. Ayah mama oder yang special coklat,ada orang lain oder special pisang. Macam-macam perasa la ada,harga pun murah je. Sedap sangat apam balik ni,lembut & takde la manis sangat. 





Pagi Ahad,mama hantar adik mama kerja. Balik tu singgah pasar pagi di pekan. Plan nak cari udang galah tapi hampa,yang ada ketam sebesar 2 tapak tangan! Kecur air liur mama tengok ketam tu,fikir nak masak kepala jenahak...takde la mama beli ketam...tengok je la. Beli paper terus balik rumah,dalam fikiran dok fikir..nak sarapan apa la ni. Kebetulan hari tu,member opis belikan sarapan nasik lemak dari rumah dia. Member office ni pun duduk semenyih. Dia cakap makcik yang jual nasik lemak ni sangat pemurah & tak berkira. 

Nasi lemak yang makcik tu jual RM1 ~ dalam nasi ada sambal,ikan bilis,kacang,timun & telor dadar. Betul murah! Tak pernah lagi la dapat nasi lemak gini,ada pun sure harga RM1 lebih kan. So mama pun tawakal je la pergi beli sarapan kat kawasan perumahan member office tu. Rezeki mama,dapat jumpa makcik tu. Mama beli 5 bungkus!...hehehe..lepas geram punya pasal. 


Sangat sedap! Tak lemak sangat..so so jer. Terliur pulak tengok nasi lemak ni