Thursday, June 30, 2011

Kakak terluka!

Last week terjadi.Terkejut tengok...dekat dengan mata pulak tu. Yang mama marahkan sebab cikgu tak call,alasanya takde no hp,ada no rumah jer. Fuhh..berasap telinga mama dengar...lagi la mama naik angin. Ye la budak²,kita tau la dorang ni lasak camne kan tapi call la. Ni main lepas tangan,mintak cikgu taska yang bagitau.

Aihh..silap la kan. Kata cikgu..kena cakar,kuku panjang. Dah pesan dengan cikgu,next time tolong call walaupun kecil halnya. 


Lebam jugak la dekat area hidung tu...tak macam kena cakar. Ermm...hantar anak ke taska/skool ni memang kena tawakal la.

Result Kakak

Last week isnin,balik kerja ambik kakak..rutin macam biasa la kan.Sampai rumah kemas² skit then masak then cek beg sekolah kakak. Tengok cikgu bagi result periksa hari tu. Ok la result dia..not bad. 



Yang kelakarnya..ulasan guru tu. Korang baca la kat picture tu ye...hahahaha. Cikgunya pun muda jer...tu yang bahasanya rojak kot..ekekeke

Tah apa angin kakak ni,dia mungah lemari baju dia yang bergantung². Sibuk la cuba baju² yang dah lama dia tak pakai & tak boleh pakai dah pun,semua senteng...hehehe. 



Ni la hasilnya...semua dia masukkan dalam beg, Mama tanya nak lari rumah ker. Dia leh jawab..a'ah..hahahaha

Wednesday, June 29, 2011

Wira Golok,anak² wira & Pedang Setiawan

2 minggu lepas balik semenyih,kemas rumah ayah mama.Banyak juga buku yang nak kena buang sebab dah naik anai². Dalam banyak² buku,yang paling mama sayang..komik mama ni. Since mama umur 13 tahun dah start membeli komik. Orang lain beli majalah remaja la apa la,bila sebut majalah² macam tu..sure mama akan blur...hahahaha. Gile addict dengan komik,kalau jumpa orang lain punya komik pun sure mama akan pinjam baca. 

Yang jadi koleksi mama,komik anak² wira,wira golok & pedang setiawan & ada la jugak yang lain tu. Ayah mama cakap kalau tak nak buang,sila angkut bawa balik...hahaha. Komik ni dah hampir 20 tahun. Abg ipar mama yang tolong kemas,dia ingat skit..sekali berdozen...hahaha. Sorok sana sikit..sorok sini sikit..kumpul² jadi banyak la kan.





So hubby cakap...tak yah jual la,nanti kita beli almari..kalau orang datang boleh baca. Wahh..bagus idea hubbyku kan. Suka betul dengar...hahahaha. Ada sapa² nak baca,meh la datang golek² ke rumah mama..hehehe




Friday, June 24, 2011

I'm leaving

Wahh..tajuk tak boleh blah..hehehe.Lama tak update,ni gara² kecoh pasal nak hack blog. Takot la jugak kan,dibuatnya betul kena hack..nangis takde lagu nti. Banyak story sebenarnya tapi cable hp tertinggal kat rumah pulak. Citer bergambar nanti la mama update yer. Kita mulakan dengan cerita terkini dari mama. 

Bulan ni merupakan bulan terakhir mama kerja kat syarikat ni...sebak dah ni. Mama minta notis 2 minggu awal. Dah hampir 10tahun mama kerja sini. Mula dari saat mama bujang,sampai kahwin then beranak pulak. Mama join company ni masa umur mama 23tahun,sweet young teen masa tu..hahaha. Sebelum² mama selalu cerita mama nak cari kerja 5hari je seminggu. Kebetulan kawan mama ada advertise kerja kosong so mama pun try la luck. 

Hari yang sama,mama dipanggil interview. So mama arrange la hari sabtu. Berdebar² juga sebab dah lama tak kena interview...hehehe. Tup² bos situ email suruh datang hari rabu sebab dia + big bos + partner nak interview lagi. So mama take a break pagi tu,dia kata by friday akan bagitau. Tunggu punya tunggu,ingat dah takde harapan...petang jumaat tu dalam pukul 4 lebih..partner bos call bagitau mama dapat job tu. Ingat dah takde rezeki...sebab dah takde letak harapan apa². Sayang juga nak tinggalkan tempat sekarang ni tapi dah dapat peluang takkan nak tolak pulak kan. 

Finally,mama buat keputusan setelah dikira dari banyak segi &dapat keizinan hubby...mama kuatkan hati nak cuba tempat baru. Kat tempat baru nanti..mama dah tak buat lukis² pelan ni. Memang lari dari landasan dah...hahahaha. Memang mama nak cari kerja lain,dah tak nak buat drawing...sangat penat!! 

Moga kerja yang mama pilih ni,sesuai dengan jiwa mama..insya allah. Kawan² doakan yer.

Wednesday, June 15, 2011

Employment in Marine and Oil & Gas Industry

Mama dapat email,so kawan² yang sedang cari kerja..boleh la cuba apply. Submit je la resume tu,kot ada kosong jawatan lain yang tak diiklankan. 

Foxhound Consulting Sdn. Bhd. is a boutique technical consulting and search company specialising in oil and gas, power generation and marine recruitment.  Providing recruitment consulting and search services to organisations across the board, we effectively assist our clients reduce cost and time inefficiencies by appointing staff across all levels of management. Armed with exceptional recruitment expertise and an extensive knowledge of the Oil & Gas and marine industries, Foxhound is well suited to support and guide clients as well as candidates through the entire recruitment process. Backed by an impressive database of candidates, Foxhound’s strength lies in our consultants’ exceptional abilities in identifying the best talents available and ensuring that they are successfully matched to meet our client’s needs in a highly specialised niche market.

Kindly forward us a copy of your updated resume stating the current and expected salary and the notice period require for our future review.  We are pleased to keep in touch with you for further information

Please feel free to inform your friends, colleagues and peers as well as people in your network about our employment opportunities.    The currently recruiting for various position are:

Marine Industry

  1. Vetting and Clearance Superintendant (Master Mariner / Chief Engineer)
  2. Senior Marine Captain (Master mariner with exp managing fleet/vessels)
  3. HSEQ Superintendant (Master Mariner preferred)
  4. Vessel Managers (Chief Engineer preferred)

 Oil and Gas Industry – Design Experience Preferred 
 
1.      Senior Process Engineer (well versed in Hysys)
2.      Senior Structural Engineer
3.      Senior Electrical Engineer
 

Oil and Gas Industry 

  1. Chief Financial Officer  
  2. Financial Controller  
  3. Group Planning & Business Development  
  4. Contract & Commercial Head  
  5. QAQC Engineers (Inspection exp)  
  6. HSE Manager / Supervisor (Offshore experience) 
  7. Structural Engineers  (Offshore HUC experience)
  8. Planning Engineer / Planner (Offshore HUC experience) 
  9. Project Managers (offshore HUC experience)
  10. International Trade Compliance Analyst (experience in international trade regulations for multiple countries)

 

Manufacturing Industry 

  1. Engineering Manager (co-ordination and monitors engineering operations; with boiler experience)

Looking forward for your reply soon.

Best Regards,

Alice Pun
Foxhound Consulting Sdn.Bhd.
P-3-12, Block P, Plaza Damaz I 60, Jalan Sri Hartamas 1 I 50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Cell : +6012 617 6689  I Tel : +603.6203.0773 I Fax : +603.6211.1911
Email : alice@foxhoundconsulting.com

Kenduri Kahwin

Sabtu kelmarin,lepas pergi interview ada kenduri kahwin kawan hubby mama. Nasib hubby ingatkan,mama pergi dengan kakak jer..hubby wakilkan mama sebab hubby kena keje sabtu tu. Orang lain pakai baju kurung,mama pakai seluar je...hahaha. Kakak pun mama tak tukarkan baju sebab tak teringat kenduri hari sabtu.

Kakak ni suka kalau tengok pengantin,semangat dia. Makan nasik pun banyak hari tu sebabnya mama tak bagi susu kat dia...tu lapar agaknya..hehehe. Kalau dah minum susu,memang payah la nak makan nasik.





Tema pengantin hijau hitam,cantik gabungan kaler ni. Berseri² pengantin...moga kekal hingga ke akhir hayat...aminnn

Tuesday, June 14, 2011

Reedem from Mead Johson

Setelah disimpan lama,akhirnya...dapat juga redeem dari catalogue Enfamama club ni. Mama redeem Smart Marble Roller Toy..mata yang diperlukan 870 point. Suka betul kakak dengan toy baru dia,yang tolong buat ayah dia la kan. Harap kakak,mau patah benda alah tu..hehehehe



Kakak dah tak sabar nak tengok hasilnya,kejap² kena marah dengan ayahnya...hahaha. Sabar la dua beranak ni tau,kejap baik kejap gadoh...hehehe.

GEMPA BUMI DISUMATERA

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.9 melanda Sumatera Utara 8.08 pagi tadi dengan gegarannya dirasai di sekitar Selangor, selatan Perak dan Melaka, demikian kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, sebentar tadi. Sumber BH

Patot la masa buat keje tadi,tiba² rasa pening yang amat sampai..macam mabok pun ada...huhuhu. Rupanya ada gempa bumi berlaku sebentar tadi. Semoga kita semua dijauhkan dari segala bencana buruk..aminn

Friday, June 10, 2011

Doakan saya esok

Assalamualaikum. Salam Jumaat semua. Esok mama ada interview kerja,doakan yer moga² murah rezeki mama. Kerja sekarang ni ok cuma rasa nak kerja 5hari seminggu pulak & cari pendapatan yang lebih skit. Harap semuanya berjalan lancar esok..aminnn.

Sepatotnya interview tu hari ni tapi mama tak prepare apa pun,ye la tak expect akan call hari ni. Mane la mama sangka akan shortlisted. Dah lama tak kena interview ni,berdebor dah jantung ni. Ya allah! kau permudahkanlah urusanku diesok hari & bukalah pintu rezekimu untukku..aminnn.


Wednesday, June 08, 2011

Mangkuk Ajaib

Tajuk tak boleh tahan..hehehe. Orang lain dah ada,awak baru nak sibuk. Mama beli dari kawan jer,pegi Langkawi hari tu tak beli pun sebab takot pecah & some more barang dah over loaded..hehehe. Beli ni pun secara kutu,kalau lump sum sakit juga la kan,ini pun hubby dah jeling...hahahaha.


Orang lain ada,kita pun teringin nak jugak..ye tak. Harga $429,bulan² $42.90 jer selama 10bulan. Lama jugak la menunggu mangkuk ajaib ni nak sampai..hehehe.

Rumah mak abah kawan kena rompak

Assalamualaikum semua,

Semalam kawan mama,ira ada update status difb dia mengatakan rumah mak abah dia kena rompak. Sangat terkejut dengan berita tersebut. Memang cilaka perompak² tu! Kawan mama ni ada mintak tolong,kalau ternampak kereta Viva PHK 3653 tolong beri maklumat segera...dipercayai kereta telah dilarikan ke negeri berdekatan, Perak @ Penang.

KULIM: Sekumpulan empat lelaki yang merompak sebuah rumah sempat mengarahkan seorang wanita warga emas menjunjung al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak menyimpan barang berharga lain ketika mereka mahu melarikan diri selepas melakukan samun di Taman Seluang, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa berusia 60 tahun dan suaminya yang juga pesara guru berusia 65 tahun kerugian kira-kira RM43,000 apabila penjenayah terbabit melarikan barang kemas serta kereta Perodua Viva berwarna hijau muda bernombor pendaftaran PHK 3653.

Berita lanjut baca disini Harian Metro

Kedua-dua orang tua kawan mama masih dalam trauma & ketakutan. Moga mereka dilindungi.

Tuesday, June 07, 2011

Kakak in action

Ni la ragam anak,macam² ragam ada tapi dah nama pun anak perempuan,fitrah dia la kan nak bersolek semua..hahaha. Kita kecik² dulu pun macam tu jugak. Hari tu kakak cirit birit + muntah²,doc suruh stopkan susu dulu. Doc suruh beli susu yang free lactosa. So doc bagi la list susu² yang free lactosa..antaranya Pediasure,Enfalac LF,Similac LF & Mamex Gold LF. Balik dari klinik tu pergi la sensei tengok susu² ni. Perghh..harga lebat wehh!hahahaha. Yang jumpa Pediasure 900g RM66++, Enfalac 1kg RM85++ & Similac LF RM45++. Tengok dulu list bahan² & khasiat setiap susu. So mama & hubby decide ambik Pedia sure.

Kakak ni nak kata susah makan tak jugak cuma ada time² dia. Kalau kat taska tu memang dia makan nasik,so bila balik rumah mama akan suruh dia makan nasik lagi. Mana la anak ko nak makan lagi,dia dah kenyang..sengal  tol mama ni kan...hahaha. So sekarang ni,mama pagi tiap² pagi & malam susu pediasure tu..waktu lain,mama bagi enfa.


Bersungguh² dia mekap...hahahaha

video
Jom belajar mekap dengan kakak 

video
Ni pulak aksi kakak baca doa,selalu pagi² kat sekolah..sebelum masuk kelas ada bacaan doa. Macam² doa la. Yang nak tergelak tu...doa ibubapa dia baca doa makan...hahahaha. Really make me smile

Dapat Maggi pun jadilah

Last week beli barang skit kat Giant, beli 2,3 barang dah dekat $50. Betul la duit sekarang macam takde nilai dah. $50 tu sekali cucuk jer boleh habis dalam sehari,betul tak??? 

Mama beli milo kotak,honey star untuk kakak,solivate & maggi cukup rasa

Sekali cashier tu keluarkan maggi dari bawah,pastu letak dalam plastik..eh mama tak beli pun maggi. Tanya dia..free ker?? free kak..ok cun!hahahaha

Blog Under Maintenance again

Morning all,
Hari ni baru nak update story yang last week. Last week kelam kabut dengan PC kat office ni. Dah semalam pulak PC mama kena attach dengan virus. Nasib la boleh copy semua data,senior mama pc dia abis,data terus hilang. Bawa low yat,nasib baik boleh recover. 

Pagi ni try upload photo,tak boleh pulak. Ada keluar sign "Upload problems? We're doing maintenance, but things should be back to normal soon." Ermm...tertangguh lagi la jawabnya update blog ni. Nanti tengahari sikit,mama cuba lagi.

Friday, June 03, 2011

Nak beli rumah

Assalamualaikum. Kawan-kawan yang baik hati, mama perlukan pertolongan skit. Sekarang ni mama tengah mencari rumah teres setingkat/ 2 tingkat untuk dibeli. Ye la...sampai bila kita nak menyewa,ye tak?? Kalau kawan-kawan ada info,sila share dengan mama yer. Harga yang mampu below RM200k. Yang atas RM200k ni kurang mampu...hehehe. Nak kawasan cheras kalau ada,ye la senang nak pergi kerja..balik rumah ayah,balik rumah mentua. 

Kalau ada...boleh emailkan mama di saveme_zero@yahoo.com

Tadi masuk blog Syana,tu yang excited juga nak beli rumah. 



Thursday, June 02, 2011

Q Bistro

Tak pernah lagi mama makan kat Q-Bistro ni.Menu ala mamak! Kelas ko makan kat sini,waiter dorang order pakai PDA je ok! Ko mampu?? Memang tak mampu...hahahaha. Harga kat sini pun,not bad la. Mama makan nasi beriyani ayam kampung RM10.50 & air Banana Capucino RM8.50. Sedap nasi beriyani kat sini tapi air yang mama order,OUT! Tak boleh nak masuk tekak sebab pahit capucino + kelat pisang tu,pekat melekat pahit nya.



Ni gara-gara keluar makan dengan dept mama la,lepas pergi low yat..dorang bawa merambu. Tak jauh pun,makan dekat permaisuri je. Kat permaisuri ni,nak makanan apa..semua ada. Sediakan duit aje..hehehe

Air elek!!!

Selasa petang balik kerja,macam biasa letak barang semua..kemas². Time nak masak,dah perasan air paip kecik tapi takde lak mulut ni nak mengomel. Then rabu pagi pun sama,nak mandi tengok air halusssss jer. Balik kerja petang semalam,air makin halus macam air kencing. Tak bajet pun takde air ke apa. Mama terus cek meter kat belakang,kot budak² main meter air ke kan. Dah bukak sampai abis,masuk rumah tengok kecik jugak. Tanya jiran sebelah,dia cakap air memang takde...memang kecik. 

Mama pun call la hubby,cakap air takde. Nak masak macam mana kan. Hubby cakap..syabas tengah cuci kolam secara besar-besaran kat hulu langat tu secara berperingkat. Dah tu tak reti² ke nak bagi bantuan air. Payah betul takde air ni tau,nak dengan ada anak kecik..perghhh!azab!! Mama suruh hubby tapau je la untuk dinner. 

Pagi ni pun air dah takde jugak,tanya HR manager..kawasan rumah dia ada then dia call mak dia,mak dia cakap dah takde..kahhhh. Tak sempat nak buat air simpanan. Mama dah roger kakak & ayah mama kat semenyih,suruh simpan air. Kalau esok takde air jugak,jawabnya esok adalah Hari CUTI UMUM sempena takde air...hahahaha. 

Biasa tak dapat email sebegini?? Jika iya.SILA ABAIKAN!!

Korang penah dapat email sebegini tak? Mama selalu dapat juga,semua ni adalah satu penipuan. Jangan lah korang cuba² nak menawarkan bantuan. Dalam akhbar,dah banyak kes penipuan internet sehingga ada yang terkena beratus-ratus ribu ringgit. Mereka ni seperti satu sindiket. Kawan-kawan semua harus hati² sekiranya berkenalan dengan sesiapa sahaja melalui internet. Banyak muslihat mereka yang tersembunyi,jadi hati²



Salam Kenal. 
mengirimkan balasan Anda ke email pribadi saya rosdiana70@hotmail.com   Saya Rosdiana. A.C. Saya tinggal dan bekerja di London . Saya menikah dengan seorang warga negara Amerika. Kami hidup menetap di London .Setelah lama berumah tangga ternyata  Suami saya sudah menikah dengan  wanita lain, wanita itu salah seorang warga negara Amerika,mereka kenal dan menikah sebelum suami saya bertemu dengan  saya. Dia tidak memberitahukan hal ini kepada saya sebelum kami kenal dan berniat  menikah. Jadi saya berstatus istri kedua.
Saya bekerja di perusahaan suami saya sebagai akuntan. Saya memegang bagian account. Saya berencana untuk memindahkan uang pemberian nafkah suami saya yang  berjumlah sebesar total £ 2,000,000.00 GBP [Dua Juta Pounds Inggris] keluar dari perusahaan ini untuk masa depan saya di Indonesia dan untuk hidup anak cucu saya jika suami saya menceraikan saya karena pengaruh  istri pertama 
Saya hidup bahagia dengan dengan suami saya ini,tapi jujur istri pertamanya telah memberi saya neraka di rumah kami. Sebagai istri kedua saya hanya mempunyai setengah uang dan harta pemberian dari nafkah suami saya terhadap istri-istrinya,Saya berencana untuk memindahkan uang suami saya ke Indonesia, negara asal saya dilahirkan.Kenapa saya ingin melakukan hal itu dengan alasan,jika saya tidak bertindak cepat sekarang, saya akan kehilangan segalanya dalam satu detik karena pengaruh dan perlakuan istri pertama.
Apabila saya tidak bertindak sekarang, saya takut akan ada masalah ketika suami saya kecelakaan atau meninggal dunia secara tiba-tiba,karena istri pertamanya memiliki semua koneksi di perusahaan kami ini.
APAKAH ANDA MAMPU MENERIMA DANA UNTUK INVESTASI DAN MENYIMPANNYA SAMPAI SAYA TIBA DI INDONESIA ?

Saya butuh orang terpercaya yang tidak akan pernah mengkhianati saya.
 Saya telah mengurus semua pengaturan tentang bagaimana dana tersebut akan tiba di Indonesia tanpa masalah. Kesepakatan ini 100% bebas masalah. Jika Anda siap untuk membantu, langsung balas email ini ke rosdiana70@hotmail.com  karena tidak ada waktu lagi yang dapat disia-siakan. Silahkan juga hubungi saya di
 INI PENTING TOLONG DILIHAT.
 Diana London
23 Belgrave Street # sq.London,
United Kingdom
atau Anda call me +447031802657